DUNIA
Indonesia bakal perkenal harga tanda aras minimum bagi timah
Bahlil berkata kerajaan akan memastikan pelaburan timah memberi impak langsung kepada ekonomi tempatan di Bangka Belitung. - Facebook Bahlil
JAKARTA: Indonesia bakal memperkenalkan harga tanda aras minimum bagi timah, yang merupakan antara komoditi utama negara itu, dalam masa terdekat.
Ringkasan AI
Menteri Tenaga dan Sumber Mineral, Bahlil Lahadalia berkata kementeriannya sedang menyelaras dengan Suruhanjaya XII Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) yang menyelia isu berkaitan tenaga, sumber mineral dan alam sekitar bagi mempercepatkan pengeluaran peraturan harga tanda aras minimum untuk komoditi timah.
"Saya telah menyelaraskan dengan Pengerusi Suruhanjaya XII, Bambang Patijaya untuk segera mengeluarkan peraturan harga tanda aras minimum bagi timah ini supaya harga timah komuniti kekal terpelihara dan bagi menggalakkan pelaburan dalam sektor pemprosesan timah di wilayah ini," katanya seperti yang dilaporkan oleh Agensi Berita ANTARA pada Ahad.
Indonesia merupakan pengeksport timah terbesar dunia dan pengeluar kedua terbesar, dengan 91 peratus daripada simpanan timah negara itu terletak di Wilayah Bangka Belitung.
Bahlil berkata kerajaan akan memastikan pelaburan timah memberi impak langsung kepada ekonomi tempatan di Bangka Belitung dan pelaksanaan harga tanda aras minimum itu bakal melonjakkan pertumbuhan ekonomi wilayah itu serta kesejahteraan rakyatnya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Indonesia akan memperkenalkan harga tanda aras minimum bagi timah, komoditi utama negara itu, untuk mempercepatkan pengeluaran peraturan harga tersebut.
- Pengerusi Suruhanjaya XII dan Menteri Tenaga dan Sumber Mineral sedang menyelaraskan langkah untuk mengekalkan harga timah komuniti agar terpelihara serta mendorong pelaburan dalam sektor pemprosesan timah di wilayah Indonesia.
- Langkah ini dijangka memberi impak positif kepada ekonomi tempatan di Bangka Belitung, meningkatkan pertumbuhan ekonomi wilayah dan kesejahteraan rakyat.