DUNIA
Indonesia batal pertunjukan bunga api Tahun Baharu, solidariti mangsa banjir Sumatera
Kerajaan Indonesia membatalkan pertunjukan bunga api sempena Tahun Baharu 2026 di Jakarta dan Bali sebagai tanda solidariti terhadap mangsa banjir dan tanah runtuh di Sumatera yang meragut lebih 1,100 nyawa. -Gambar fail
JAKARTA: Kerajaan Indonesia mengumumkan pembatalan pertunjukan bunga api sempena sambutan Tahun Baharu 2026 di beberapa wilayah utama termasuk Jakarta dan Bali, sebagai tanda solidariti terhadap mangsa banjir dan tanah runtuh yang meragut lebih 1,100 nyawa di Sumatera.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Jurucakap Pejabat Presiden, Prasetyo Hadi, berkata keputusan itu dibuat bagi menghormati mangsa tragedi yang melanda wilayah Sumatera Utara, Sumatera Barat dan Aceh, di mana ribuan penduduk masih terjejas dan kehilangan tempat tinggal.
Beliau berkata langkah kerajaan wilayah mengharamkan atau menggesa orang ramai supaya tidak membakar bunga api semasa sambutan Tahun Baharu adalah wajar dan tepat.
“Ia adalah langkah yang tepat kerana kita perlu menunjukkan empati dan solidariti sebagai sebuah negara terhadap mereka yang terkesan akibat bencana.
"Ini masa untuk kita bersatu dalam duka dan membantu mereka yang memerlukan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Di Medan, pentadbiran bandar membatalkan Festival Akhir Tahun selepas menerima kritikan daripada penduduk yang menganggap sambutan itu tidak sensitif terhadap penderitaan mangsa bencana.
Ketua Agensi Pelancongan Medan, Odi Aggia Batubara, berkata program tersebut akan digantikan dengan aktiviti keagamaan dan tayangan video kesedaran alam sekitar serta usaha pemulihan pascabencana.
Langkah sama turut diambil di Bali, di mana pihak berkuasa tempatan dan pasukan keselamatan telah mengharamkan sebarang pertunjukan bunga api dan menasihatkan pelancong serta penduduk agar menyambut Tahun Baharu secara sederhana.
Banjir kilat dan tanah runtuh yang melanda Sumatera awal Disember lalu telah menyebabkan kemusnahan besar, dengan lebih 400,000 orang terpaksa dipindahkan.
Beberapa kampung dilaporkan lenyap sepenuhnya akibat arus deras dan runtuhan tanah.
Pihak berkuasa kini giat menjalankan operasi bantuan kemanusiaan dan pemulihan infrastruktur, manakala masyarakat sivil dan pertubuhan bukan kerajaan turut melancarkan kempen derma dan sukarelawan bagi membantu mangsa.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Kerajaan Indonesia membatalkan pertunjukan bunga api sempena Tahun Baharu 2026 di Jakarta dan Bali sebagai tanda solidariti terhadap mangsa banjir dan tanah runtuh di Sumatera yang meragut lebih 1,100 nyawa.
- Langkah ini diambil untuk menghormati mangsa tragedi di Sumatera Utara, Sumatera Barat dan Aceh yang masih terjejas, dengan haramkan bakar bunga api dan galakkan empati serta solidariti.
- Di Medan, Festival Akhir Tahun dibatalkan selepas kritikan daripada penduduk, sementara di Bali, pihak berkuasa menggalakkan sambutan Tahun Baharu secara sederhana tanpa pertunjukan bunga api.
Jurucakap Pejabat Presiden, Prasetyo Hadi, berkata keputusan itu dibuat bagi menghormati mangsa tragedi yang melanda wilayah Sumatera Utara, Sumatera Barat dan Aceh, di mana ribuan penduduk masih terjejas dan kehilangan tempat tinggal.
Beliau berkata langkah kerajaan wilayah mengharamkan atau menggesa orang ramai supaya tidak membakar bunga api semasa sambutan Tahun Baharu adalah wajar dan tepat.
“Ia adalah langkah yang tepat kerana kita perlu menunjukkan empati dan solidariti sebagai sebuah negara terhadap mereka yang terkesan akibat bencana.
"Ini masa untuk kita bersatu dalam duka dan membantu mereka yang memerlukan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Di Medan, pentadbiran bandar membatalkan Festival Akhir Tahun selepas menerima kritikan daripada penduduk yang menganggap sambutan itu tidak sensitif terhadap penderitaan mangsa bencana.
Ketua Agensi Pelancongan Medan, Odi Aggia Batubara, berkata program tersebut akan digantikan dengan aktiviti keagamaan dan tayangan video kesedaran alam sekitar serta usaha pemulihan pascabencana.
Langkah sama turut diambil di Bali, di mana pihak berkuasa tempatan dan pasukan keselamatan telah mengharamkan sebarang pertunjukan bunga api dan menasihatkan pelancong serta penduduk agar menyambut Tahun Baharu secara sederhana.
Banjir kilat dan tanah runtuh yang melanda Sumatera awal Disember lalu telah menyebabkan kemusnahan besar, dengan lebih 400,000 orang terpaksa dipindahkan.
Beberapa kampung dilaporkan lenyap sepenuhnya akibat arus deras dan runtuhan tanah.
Pihak berkuasa kini giat menjalankan operasi bantuan kemanusiaan dan pemulihan infrastruktur, manakala masyarakat sivil dan pertubuhan bukan kerajaan turut melancarkan kempen derma dan sukarelawan bagi membantu mangsa.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah sebab utama pembatalan pertunjukan bunga api sempena sambutan Tahun Baharu 2026 di Indonesia?
A: Kerajaan Indonesia membatalkan pertunjukan bunga api sebagai tanda solidariti terhadap mangsa banjir dan tanah runtuh yang mengorbankan lebih 1,100 nyawa di Sumatera. - Q: Siapakah yang mengumumkan keputusan pembatalan pertunjukan bunga api tersebut?
A: Jurucakap Pejabat Presiden, Prasetyo Hadi, merupakan individu yang mengumumkan keputusan pembatalan pertunjukan bunga api sempena Tahun Baharu di beberapa wilayah utama Indonesia. - Q: Apakah langkah yang diambil oleh pentadbiran bandar di Medan berkenaan sambutan Tahun Baharu setelah menerima kritikan?
A: Pentadbiran bandar di Medan membatalkan Festival Akhir Tahun dan menggantikannya dengan aktiviti keagamaan, tayangan video kesedaran alam sekitar, serta usaha pemulihan pascabencana selepas menerima kritikan daripada penduduk. - Q: Berapakah jumlah orang yang terpaksa dipindahkan akibat banjir kilat dan tanah runtuh di Sumatera?
A: Lebih daripada 400,000 orang terpaksa dipindahkan disebabkan oleh banjir kilat dan tanah runtuh di Sumatera, menurut laporan berita. - Q: Apakah aktiviti pengganti yang dijalankan di Bali berikutan pengharaman pertunjukan bunga api?
A: Pihak berkuasa tempatan dan pasukan keselamatan di Bali mengharamkan pertunjukan bunga api dan menggalakkan penduduk serta pelancong untuk menyambut Tahun Baharu secara sederhana dengan aktiviti keagamaan dan tanpa pertunjukan bunga api.