JAKARTA: Indonesia menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan persaingan antara kuasa-kuasa besar selepas Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi melawat Taiwan.
Jurucakap Kementerian Luar Teuku Faizasyah berkata perkembangan situasi terkini memberi implikasi serius terhadap keamanan dan kestabilan serantau jika tidak diurus dengan baik.
"Indonesia menyeru semua pihak supaya tidak melakukan sebarang tindakan provokasi yang mungkin memburukkan lagi keadaan," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Faizasyah, dunia memerlukan kebijaksanaan dan tanggungjawab semua pemimpin demi memastikan keamanan dan kestabilan terus terpelihara.
Indonesia juga terus menghormati dasar 'Satu China', katanya.
Pelosi tiba pada Selasa, sekali gus menjadikan beliau pegawai tertinggi AS pertama melawat Taiwan dalam tempoh 25 tahun.
Bagaimanapun, China membantah sekeras-kerasnya lawatan Pelosi.
Media melaporkan Beijing telah memulakan latihan ketenteraan di perairan utara, barat daya dan tenggara Taiwan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 03 2022

Nancy Pelosi ketika mengadakan pertemuan bersama Timbalan Speaker Parlimen Taiwan, Tsai Chi-chang di Parlimen Taiwan di Taipei, 3 Ogos 2022. REUTERS

Ikan, ketam kena ujian calitan COVID-19 di Xiamen
Walaupun mungkin kelihatan luar biasa tetapi ia bukan kali pertama ikan hidup telah diuji untuk COVID-19.

Bateri saja tidak cukup, Jokowi mahu Tesla keluarkan kereta elektrik di Indonesia
Indonesia mahukan "ekosistem besar kereta elektrik" dan bukan hanya menggunakan sumber aslinya untuk membuat bateri.

'Saya tak harap jadi calon PRU15' - Altimet
Banyak kerja perlu difokuskan sebagai ketua cabang termasuk memikirkan strategi membantu jentera parti bersiap sedia menghadapi PRU15.

Mata malas atau ambliopia boleh pulih dengan pengesanan awal
Keadaan boleh dipulihkan dengan pengesanan awal serta rawatan sewajarnya untuk mengelakkan komplikasi masa depan yang teruk semasa dewasa.

Sapura Energy lupus tiga pelantar gerudi pada harga AS$8.2 juta
Sapura Energy berkata kesemua pihak telah memeterai memorandum perjanjian dengan pembeli pada 18 Ogos 2022.

Penjual ayam maut, motosikal dirempuh kereta
Mangsa meninggal di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

COVID-19: 3,490 kes baharu, 6 kematian dicatat
Kes aktif COVID-19 dalam negara kini 42,767 dan 96.4 peratus atau 41,212 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

AWANI Global: Realiti satu tahun pentadbiran Taliban
Setahun pentadbiran Taliban, Emiriah Islam Afghanistan masih bergelut mendapatkan pengiktirafan dunia. Walaupun tahap keselamatan bertambah baik, cabaran dalam tadbir urus ekonomi dan sosial masih jauh ketinggalan. Ikuti diskusi dan analisis Abdul Hai Qanit mengenai pentadbiran Taliban setelah penubuhan Emiriah Islam Afghanistan setahun yang lalu.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [20 Ogos 2022] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [20 Ogos 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1983448/thumbnails/19550936381660955491384_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [20 Ogos 2022]
[LANGSUNG] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [20 Ogos 2022]

TNB, Petronas bekerjasama pacu aspirasi Malaysia sebagai negara neutral karbon
Di bawah MoU terbabit, kedua-dua pihak akan menjalankan kajian kebolehlaksanaan mengenai penggunaan penyelesaian CCS di loji penjanaan tenaga TNB.