DUNIA
Indonesia catat rizab beras tertinggi dalam sejarah selepas pengeluaran meningkat
Pengeluaran beras Indonesia mencatat peningkatan sebanyak 48 peratus dengan rizab beras kerajaan kini mencecah 4.2 juta tan. - Foto hiasan
JAKARTA: Pengeluaran beras Indonesia mencatat peningkatan sebanyak 48 peratus dengan rizab beras kerajaan kini mencecah 4.2 juta tan, kata Presiden Prabowo Subianto, lapor Xinhua.
"Pengeluaran makanan kita tidak pernah dalam sejarah mencapai rizab beras kerajaan melebihi 4.2 juta tan. Pengeluaran jagung juga meningkat sebanyak 30 peratus, dan kita akan terus mengukuhkan pencapaian ini," katanya ketika berucap pada Kongres Parti Solidariti Indonesia pada Ahad.
Selain menekankan kepentingan pemantauan pengagihan makanan bagi mengelakkan penyelewengan oleh pihak tidak bertanggungjawab ketika lonjakan pengeluaran ini, beliau turut mengecam amalan manipulasi harga oleh segelintir peniaga yang menjual beras biasa dengan label premium bagi mengaut keuntungan berlebihan.
"Saya telah mengarahkan peguam negara dan polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pelaku ini tanpa pengecualian," kata Prabowo sambil menambah bahawa amalan sedemikian boleh menyebabkan kerugian kepada negara sehingga 100 trilion rupiah (kira-kira US$6.1 bilion) setahun.
-- BERNAMA

#beras Indonesia
#rizab beras tertinggi dalam sejarah
#Presiden Indonesia Prabowo Subianto
#catat peningkatan