DUNIA
Indonesia gesa tindakan global lebih tegas tangani krisis Rohingya
Sugiono berkata, negara kaya mesti memainkan peranan lebih besar, termasuk menawarkan lebih banyak peluang penempatan semula. - Instagram / Sugiono
JAKARTA: Indonesia menggesa sokongan antarabangsa yang lebih kukuh kepada negara yang menempatkan pelarian Rohingya, memberi amaran bahawa tanpa komitmen lebih besar, krisis kemanusiaan itu berisiko berlarutan selama beberapa dekad.
Menteri Luar Sugiono berkata pada persidangan peringkat tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada Selasa (30 Sept) bahawa negara kaya mesti memainkan peranan lebih besar, termasuk menawarkan lebih banyak peluang penempatan semula.
"Selama lapan tahun, pelarian Rohingya hidup dalam keadaan tidak menentu. Kita tidak boleh membiarkan keadaan ini berlarutan menjadi puluhan tahun penuh keputusasaan. Masyarakat antarabangsa mesti berkongsi tanggungjawab," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan memetik beliau.
Mesyuarat itu yang diadakan di luar Perhimpunan Agung PBB itu bertujuan menggerakkan momentum politik bagi melindungi hak umat Islam Rohingya serta membuka jalan untuk kepulangan mereka ke Myanmar dengan selamat dan bermaruah.
Sugiono menegaskan, krisis Rohingya tidak dapat dipisahkan daripada pergolakan politik lebih luas di Myanmar, dan menggesa dialog inklusif sejajar dengan pelan damai Konsensus Lima Perkara ASEAN.
Beliau turut memberi amaran bahawa pelarian semakin terdedah kepada sindiket pemerdagangan manusia dan penyeludupan yang beroperasi di seluruh rantau ini.
Indonesia, katanya, akan terus bertindak tegas terhadap kumpulan tersebut namun tidak mampu menghadapi cabaran itu sendirian.
"ASEAN dan Proses Bali mesti terus diperkukuh sebagai platform serantau untuk menangani migrasi tidak teratur dan melindungi komuniti yang terdedah," tambah Sugiono.
Proses Bali ialah forum serantau tidak mengikat yang menyokong usaha antarabangsa membanteras penyeludupan manusia, pemerdagangan orang dan jenayah rentas sempadan berkaitan.
-- BERNAMA