awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia hasilkan pil antiviral COVID-19 tidak lama lagi

Bernama
Bernama
19/01/2022
21:00 MYT
Indonesia hasilkan pil antiviral COVID-19 tidak lama lagi
Negara yang memiliki bilangan penduduk keempat tertinggi di dunia itu menyaksikan jumlah kes COVID-19 didorong varian Omicron meningkat sejak beberapa minggu kebelakangan ini. - Foto fail/REUTERS
JAKARTA: Indonesia mensasarkan penghasilan dua jenis pil antiviral COVID-19 tempatan, Molnupiravir dan Paxlovid pada April atau Mei tahun ini.
"Kerajaan akan terus memastikan bekalan ubatan COVID-19 untuk kegunaan domestic mencukupi bagi menghadapi gelombang virus SARS-CoV-2," kata jurucakap petugas khas COVID-19 kerajaan, Reisa Broto Asmoro dalam satu sidang media maya.
Kerajaan telah memperoleh 400,000 tablet Molnupiravir untuk merawat COVID-19 melalui syarikat pembekal ubat generik India, PT Amarox Pharma Global.
Pil antivirus berfungsi memperkenalkan ralat pada kod genetik virus SARS-CoV-2 dan menghalang virus daripada terus berganda.
Negara yang memiliki bilangan penduduk keempat tertinggi di dunia itu menyaksikan jumlah kes COVID-19 didorong varian Omicron meningkat sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
Jumlah keseluruhan kes Omicron meningkat kepada 882 kes setakat 14 Jan, manakala 276 pesakit telah sembuh pada Rabu, kata Reisa.
Indonesia mencatat 1,362 kes COVID-19 pada 18 Jan, jumlah kes harian tertinggi sejak pertengahan Okt 2021.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#pil antiviral
#COVID-19
#Omicron
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan