DUNIA

Indonesia henti import diesel untuk stesen minyak swasta bermula 2026

Bernama 13/01/2026 | 00:10 MYT
Pada 8 Jan lalu, Bahlil melakukan tinjauan ke atas projek Pelan Induk Pembangunan Loji Penapisan di Unit Penapisan V Balikpapan di Kalimantan Timur. - Facebook Bahlil
JAKARTA: Menteri Tenaga dan Sumber Mineral Indonesia Bahlil Lahadalia berkata Indonesia akan menghentikan import diesel untuk stesen minyak swasta mulai 2026 berikutan peningkatan kapasiti penapisan domestik, lapor Xinhua.

"Mulai tahun ini, saya tidak akan lagi mengeluarkan permit untuk import diesel. Bermula tahun ini, tiada lagi kelulusan import diesel," kata Bahlil seperti dipetik media tempatan pada Isnin.

Beliau berkata penggantungan import diesel itu turut terpakai kepada stesen minyak swasta. Sebarang penghantaran diesel yang tiba di Indonesia pada Januari atau Februari adalah sebahagian daripada baki import yang diluluskan pada 2025, tambahnya.

"Tetapi tahun ini, Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral, atas perintah Presiden Prabowo Subianto, tidak akan lagi mengeluarkan permit import kerana kita sudah mempunyai loji penapisan," katanya.

Loji penapisan yang dimaksudkan ialah projek Pelan Induk Pembangunan Loji Penapisan di Unit Penapisan V Balikpapan, Kalimantan Timur.

Projek itu membolehkan loji penapisan berkenaan memproses sehingga 360,000 tong sehari, bersamaan kira-kira 22 hingga 25 peratus permintaan bahan api nasional.


-- BERNAMA



#Indonesia #diesel #stesen minyak swasta #Bahlil Lahadalia #loji penapisan