Indonesia isytihar darurat di Riau akibat jerebu teruk

T K Letchumy Tamboo
September 14, 2015 10:06 MYT
Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatat tahap berbahaya pada bacaan 300 di beberapa kawasan terjejas. -Gambar hiasan
Indonesia hari ini mengisytiharkan darurat di Riau, Sumatera ekoran keadaan jerebu yang teruk di wilayah itu.
Menurut laporan portal berita Detiknews, Gabenor Riau, Arsyadjuliandi Rachman berkata Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatat tahap berbahaya pada bacaan 300 di beberapa kawasan antaranya Pekanbaru, Kampar, Siak, Dumai, Rokan Holir dan Bengkalis.
Pengumuman itu juga telah dimaklumkan kepada Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan serta Kementerian Kesihatan Indonesia, Siti Nurbaya Bakar.
Di Malaysia, keadaan jerebu bertambah buruk pada 14 September dengan bacaan IPU tertinggi mencapai hampir 190 setakat jam 6 petang.
#Arsyadjuliandi Rachman #darurat #IPU #jerebu #pencemaran udara #Riau #Sumatera