awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia jalin kerjasama dengan Jordan untuk tanam gandum dalam negara

Bernama
Bernama
17/04/2025
23:40 MYT
Indonesia jalin kerjasama dengan Jordan untuk tanam gandum dalam negara
Andi Amran (kiri) menandatangani perjanjian kerjasama pertanian dengan Khaled Huneifat (kanan) dengan disaksikan Prabowo (dua, kiri) dan Raja Abdullah II (dua, kanan). - Instagram Andi Amran
JAKARTA: Indonesia akan bekerjasama dengan Jordan bagi menjalankan percubaan penanaman gandum di negara itu dalam usaha mengurangkan kebergantungan terhadap import komoditi berkenaan, kata seorang menteri pada Khamis, lapor Xinhua.
Menteri Pertanian Indonesia, Andi Amran Sulaiman berkata demikian selepas mengiringi Presiden Prabowo Subianto dalam lawatan ke Jordan dan beberapa negara lain. Pada Selasa, beliau menandatangani perjanjian kerjasama pertanian dengan rakan sejawatnya dari Jordan, Khaled Huneifat.
"Kami baru pulang daripada lawatan bersama Presiden ke Jordan. Kami akan memperkukuh kerjasama dengan Jordan," kata Amran pada sidang media di pejabatnya.
Beliau berkata Indonesia akan bekerjasama dengan Jordan dalam pertukaran maklumat dan teknologi dalam sektor pertanian dan perladangan, serta pengurusan sumber air.
Menurutnya, Jordan bersetuju membantu Indonesia dalam usaha menanam gandum memandangkan negara Timur Tengah itu mempunyai sistem pengairan yang baik dan mampu menghasilkan gandum dalam jumlah besar.
"Kami telah menjemput pakar dari Jordan," katanya. "Kami juga telah menilai kesesuaian iklim untuk pertanian di seluruh Indonesia dan kini sedang mengenal pasti benih unggul yang boleh ditanam di sini."
Amran menegaskan jika pelan itu berjaya, ia akan membantu mengurangkan import gandum dari luar negara.
Indonesia sebelum ini berjaya menanam kurma dari Timur Tengah di wilayah-wilayah tropika negara itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Jordan
#kerjasama pertanian
#Andi Amran Sulaiman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan