awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia kecam serangan tentera Israel ke atas Iran

Bernama
Bernama
26/10/2024
21:30 MYT
Indonesia kecam serangan tentera Israel ke atas Iran
Menurut Kementerian Luar Indonesia, negara itu menyokong penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka sebagai sebahagian daripada penyelesaian dua negara. - Foto Sinar Harian
JAKARTA: Indonesia mengecam keras serangan tentera Israel ke atas Iran, menyifatkannya sebagai pelanggaran jelas terhadap undang-undang antarabangsa dan menunjukkan sikap tidak hormat Israel terhadap norma undang-undang.
Kementerian Luar Indonesia berkata bahawa semua pihak perlu mengawal diri secara maksimum dan mengelakkan daripada sebarang tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan serta membawa kepada ketidakstabilan yang lebih besar di rantau itu.
"Indonesia menegaskan bahawa pendudukan haram Israel di Wilayah Palestin kekal sebagai punca utama konflik di Asia Barat," kata kementerian itu dalam satu hantaran di X pada Sabtu.
Menurut kementerian itu, Indonesia menyokong penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka sebagai sebahagian daripada penyelesaian dua negara, yang dianggap penting untuk mencapai keamanan berkekalan.
Indonesia menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk melaksanakan tanggungjawabnya di bawah Piagam PBB dengan menghentikan semua persengketaan yang dilakukan oleh Israel secepat mungkin, termasuk tindakan genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza dan serangan ke atas Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL).
Ia turut menekankan perlunya UNSC mempertimbangkan tindakan lanjut untuk menamatkan pendudukan haram Israel.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Iran
#Israel
#konflik Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan