awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar mahu pelaksanaan agenda digital, AI negara dipercepat
PERKESO giat tarik penjaja, peniaga kecil carum Lindung Kendiri
Belon meletup: MBPP akan tambah baik SOP, penggunaan gas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia kecam tindakan Israel sahkan penempatan haram di Palestin

Bernama
Bernama
15/02/2023
20:30 MYT
Indonesia kecam tindakan Israel sahkan penempatan haram di Palestin
Indonesia mengecam sekeras-kerasnya tindakan Israel mengesahkan sembilan penempatan Yahudi di Tebing Barat baru-baru ini kerana melanggar undang-undang antarabangsa dan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. -Gambar fail/AP
JAKARTA: Indonesia mengecam sekeras-kerasnya tindakan Israel mengesahkan sembilan penempatan Yahudi di Tebing Barat baru-baru ini kerana melanggar undang-undang antarabangsa dan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Negara dengan populasi umat Islam terbesar di dunia itu menyertai tindakan Kesatuan Eropah (EU) mengecam rancangan Israel untuk membina 10,000 penempatan baharu di kawasan itu.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Rabu menjelaskan bahawa tindakan Israel akan mencetuskan ketegangan dan ketidakstabilan di rantau itu.
"Masyarakat antarabangsa perlu bersatu menggesa Israel menghentikan tindakan ini dan terus mendesak kepada penyelesaian dua negara," menurut kenyataan itu.
Pada Isnin, ketua dasar luar EU Josep Borrell berkata blok itu menolak keputusan dibuat pihak berkuasa Israel.
Borrell berkata, penempatan Yahudi adalah haram di bawah undang-undang antarabangsa dan mengulangi bahawa EU tidak mengiktiraf sebarang perubahan yang dibuat di luar sempadan 1967.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#kecam Israel
#penempatan Yahudi di Tebing Barat
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan