DUNIA
Indonesia kekalkan sekatan terhadap chatbot AI Grok
Grok, sistem AI generatif yang disepadukan dengan platform media sosial X, dimiliki dan dibangunkan oleh xAI, syarikat yang diasaskan Elon Musk pada 2023.
JAKARTA: Akses kepada chatbot kecerdasan buatan (AI) Grok kekal disekat di Indonesia sementara pihak berkuasa menunggu pengesahan daripada pemiliknya, platform media sosial X bahawa ia telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan kerajaan.
Menteri Komunikasi dan Digital Meutya Hafid berkata aplikasi berasaskan AI itu masih tertakluk kepada sekatan pentadbiran dan sedang dalam penilaian kementerian.
"Statusnya kekal disekat oleh Kementerian Komunikasi dan Digital sementara menunggu kepastian pematuhan daripada Grok untuk disampaikan kepada kerajaan," katanya seperti dilaporkan Agensi Berita ANTARA pada Isnin malam.
Beliau berkata demikian semasa mesyuarat bersama Suruhanjaya I Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) yang menyelia hal ehwal komunikasi dan informatik, pertahanan, hal ehwal luar negeri dan perisikan.
Indonesia memutuskan untuk menyekat akses kepada Grok buat sementara waktu sejak 10 Jan lepas berikutan kebimbangan bahawa kandungan pornografi dan deepfake yang dijana AI boleh menimbulkan risiko kepada keselamatan awam.
Grok, sistem AI generatif yang disepadukan dengan platform media sosial X, dimiliki dan dibangunkan oleh xAI, syarikat yang diasaskan Elon Musk pada 2023.
Pada mesyuarat itu, Meutya berkata antara isu yang dibangkitkan ialah pendaftaran Pengendali Sistem Elektronik (PSE) sektor swasta, yang mana sehingga Disember 2025, sejumlah 3,805 PSE telah mendaftar.
Beliau berkata kementerian juga telah mengeluarkan 61 surat amaran kepada PSE untuk mendaftar sebagai sebahagian usaha menguatkuasakan pematuhan dengan sebahagian besarnya telah mendaftar termasuk OpenAI.
Mengenai pengendalian kandungan negatif, Meutya berkata kementerian telah menyekat 2,737,962 kandungan negatif sepanjang 2025, termasuk 2,087,109 berkaitan perjudian dalam talian.
Dalam perkembangan lain, Meutya berkata Pusat Data Nasional 1 (PDN 1) Indonesia kini beroperasi secara terhad selepas melengkapkan persediaan serta lulus ujian kelayakan dan keselamatan tahun lalu.
"Persediaan untuk operasi PDN bagi 2026 kini boleh dimulakan kerana kami telah menerima surat bertarikh 14 Jan 2026 yang menyatakan ia boleh dioperasikan secara terhad," katanya.
Sementara itu, Meutya berkata kementerian menyasarkan untuk memperluas akses kepada perkhidmatan internet pantas dan mampu milik kepada 1.99 juta isi rumah tahun ini dan 10.8 juta isi rumah menjelang 2030.
Beliau berkata perkhidmatan internet kos rendah menggunakan teknologi Akses Wayarles Jalur Lebar pada jalur frekuensi radio 1.4 Ghz sedang disiapkan dan sedia untuk dilaksanakan secara berperingkat.
Beliau berkata ketika ini liputan rangkaian 4G telah mencapai 98.95 peratus populasi Indonesia manakala liputan 5G setakat ini mencapai 6.33 peratus kawasan kediaman di seluruh negara.
-- BERNAMA