awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia laksana isolasi lima hari di rumah untuk kes Omicron

Bernama
Bernama
28/01/2022
13:53 MYT
Indonesia laksana isolasi lima hari di rumah untuk kes Omicron
Menurut Jokowi, Indonesia sedang mengalami lonjakkan gelombang kes COVID-19 terutamanya varian Omicron sejak awal bulan yang dijangka terus meningkat untuk beberapa minggu akan datang. - Gambar fail
JAKARTA: Indonesia menetapkan peraturan isolasi di rumah selama lima hari kepada individu yang dijangkiti varian Omicron COVID-19 tanpa gejala, kata Presiden Joko Widodo pada Jumaat.
Langkah itu bertujuan mengurangkan tekanan ke atas sistem penjagaan kesihatan negara dan membantu pihak kesihatan untuk fokus menangani pesakit bergejala berat atau pesakit lain yang memerlukan layanan intensif.
"Tidak semua kes omicron memerlukan layanan langsung di pusat kesihatan dan hospital kerana gejalanya tidak membahayakan," katanya dalam sidang media maya mengenai perkembangan COVID-19.
Beliau, yang lebih dikenali sebagai Jokowi, bagaimanapun mengingatkan individu berkaitan wajib meminimakan kontak untuk mencegah penyebaran yang lebih luas.
"Sekiranya ada gejala demam dan batuk, gunakan khidmat teleperubatan di aplikasi kesihatan atau berjumpa doktor terdekat," katanya.
Menurut Jokowi, Indonesia sedang mengalami lonjakkan gelombang kes COVID-19 terutamanya varian Omicron sejak awal bulan yang dijangka terus meningkat untuk beberapa minggu akan datang.
Sehingga Khamis, Indonesia melaporkan 8,077 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah jangkitan kes meningkat kepada 4,309,270.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#isolasi
#COVID-19
#varian omicron
#Presiden Joko Widodo
#Jokowi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan