awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia: Larangan mudik bermula hari ini

Bernama
Bernama
06/05/2021
08:47 MYT
Indonesia: Larangan mudik bermula hari ini
Indonesia memutuskan untuk melarang mudik iaitu pergerakan besar-besaran pulang ke kampung halaman menjelang Aidilfitri bermula hari ini. - Gambar fail/REUTERS
JAKARTA: Kerajaan Indonesia memutuskan untuk melarang mudik iaitu pergerakan besar-besaran pulang ke kampung halaman menjelang Aidilfitri bermula hari ini hingga 17 Mei.
Menurut kenyataan dikeluarkan Pasukan Petugas Nasional COVID-19, langkah itu bertujuan membendung penularan COVID-19 yang menyaksikan lonjakan jangkitan selepas cuti umum utama sebelum ini.
Sepanjang tempoh larangan mudik, polis akan mengadakan sekatan jalan raya di jalan-jalan utama manakala perjalanan udara, kereta api, dan laut juga akan digantung.
Bagaimanapun, pengecualian diberi kepada perjalanan kecemasan dan rasmi.
Ini tahun kedua larangan mudik dilaksanakan selepas pertama kali diperkenalkan tahun lalu.
Sebelum pandemik ini, setiap tahun tradisi mudik akan menyaksikan sekitar 30 juta warga Indonesia pulang ke kampung halaman masing-masing.
Menteri Penyelaras Pembangunan Manusia dan Kebudayaan Muhadjir Effendy dipetik oleh media tempatan berkata terdapat beberapa pengecualian untuk kenderaan dan syarat tertentu.
"Pegawai berpangkat tinggi, pegawai pasukan petugas COVID-19, pegawai operasi pemerintah, Angkatan Tentera Darat, pasukan Polis dan petugas tol dibenarkan melakukan perjalanan ketika bertugas.
"Mereka mesti menunjukkan surat kebenaran yang ditandatangani majikan atau surat daripada ketua kampung untuk mereka yang mempunyai urusan penting," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#larangan mudik
#balik kampung
#Aidilfitri
#COVID-19
#Sekatan Jalan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan