DUNIA
Indonesia lepasi sasaran pengeluaran minyak 2025 susulan lonjakan eksplorasi
Bahlil memuji kerajaan tempatan kerana memantau sekitar 45,000 telaga yang dikendalikan oleh komuniti, yang akan dinaik taraf. - Facebook Bahlil Lahadalia
JAKARTA: Pengeluaran minyak Indonesia melepasi sasaran belanjawan 2025 buat kali pertama sejak 2008, mencecah 607,000 tong minyak sehari (bopd) pada Oktober, kata Menteri Energi dan Sumber Daya Mineral Bahlil Lahadalia.
Berucap di Majlis Anugerah Subroto pada Jumaat, beliau berkata sasaran sebanyak 605,000 tong sehari yang ditetapkan bagi 2025, meningkat daripada 480,000 pada 2024, mencerminkan penambahbaikan kawal selia termasuk kontrak perkongsian pengeluaran yang lebih fleksibel.
Beliau memuji kerajaan tempatan kerana memantau sekitar 45,000 telaga yang dikendalikan oleh komuniti, yang akan dinaik taraf melalui perusahaan kecil dan sederhana (PKS), koperasi dan syarikat milik kerajaan tempatan bagi memastikan pengurusan yang betul.
"Inisiatif ini membolehkan komuniti menguruskan telaga, dengan syarat tapak tersebut diselenggara dengan baik dan perlindungan alam sekitar serta keselamatan tempat kerja terjamin," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kementeriannya.
Bahlil berkata kontraktor perkongsian pengeluaran juga perlu membeli minyak daripada telaga ini pada 80 peratus daripada Harga Minyak Mentah Indonesia (ICP), yang membolehkan komuniti menjalankan kerja mereka tanpa sebarang kebimbangan.
Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral Tenaga menetapkan ICP bagi September 2025 pada AS$66.81 setong, meningkat AS$0.73 daripada Ogos, seiring kenaikan Niaga Hadapan Minyak Mentah Brent dan purata wajaran harga minyak mentah OPEC Reference Basket (ORB), di tengah-tengah kebimbangan gangguan bekalan disebabkan risiko geopolitik susulan konflik Rusia-Ukraine.
Indonesia, yang pernah menjadi pengeksport minyak utama dan ahli OPEC, mencatatkan pengeluaran sekitar 1.6 juta tong sehari pada akhir 1990-an sebelum merosot disebabkan banyak lapangan minyak telah menjadi matang.
Kementerian itu kini menyasarkan untuk memulihkan pengeluaran kepada satu juta tong sehari menjelang 2030.
-- BERNAMA