DUNIA
Indonesia, Maldives perkukuh hubungan dua hala melalui kerjasama kesihatan
Sugionon (kiri) dan Abdulla Khaleel (kanan) menekankan keperluan meningkatkan kapasiti perkhidmatan kesihatan awam dan berkongsi kepakaran teknikal dalam pertemuan mereka di luar Sesi ke-80 UNGA di New York pada Jumaat. - REUTERS
NEW YORK: Indonesia dan Maldives bersetuju memperkukuh hubungan dua hala dengan memberi tumpuan kepada kerjasama dalam bidang kesihatan awam serta saling menyokong di forum antarabangsa, lapor Agensi Berita ANTARA.
Persetujuan itu dicapai semasa pertemuan antara Menteri Luar Indonesia Sugiono dan rakan sejawatnya dari Maldives Abdulla Khaleel di luar Sesi ke-80 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York pada Jumaat.
"Indonesia dan Maldives komited untuk memulihkan semula hubungan dua hala.
"Melalui kerjasama dalam bidang kesihatan awam serta sokongan di forum antarabangsa, kami mengukuhkan persahabatan sambil menyumbang kepada kepentingan bersama," kata Sugiono.
Kedua-dua menteri turut menekankan keperluan meningkatkan kapasiti perkhidmatan kesihatan awam dan berkongsi kepakaran teknikal, termasuk dalam pembangunan program insurans kesihatan.
Mereka juga membincangkan soal saling menyokong pencalonan masing-masing dalam pelbagai organisasi antarabangsa, sekali gus menegaskan solidariti serta komitmen bersama untuk memperjuangkan kepentingan global.
Indonesia dan Maldives menjalin hubungan diplomatik pada 1974. Indonesia mengiktiraf hal ehwal diplomatik dengan Maldives melalui kedutaannya di Colombo, Sri Lanka, manakala Maldives tidak mempunyai kedutaan di Indonesia.
-- BERNAMA