awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia mulakan program vaksinasi golongan berusia 59 tahun ke atas

Agensi
Agensi
08/02/2021
05:40 MYT
Indonesia mulakan program vaksinasi golongan berusia 59 tahun ke atas
Menteri Kesihatan Indonesia, Budi Gunadi Sadikin berkata golongan berusia 59 tahun ke atas merekodkan kematian separuh daripada jumlah kematian akibat COVID-19. - Gambar fail/REUTERS
JAKARTA :Indonesia memulakan program vaksinasi negara itu lebih awal melibatkan rakyat berusia 59 tahun ke atas pada Isnin.
Menurut Menteri Kesihatannya, Budi Gunadi Sadikin, keputusan untuk mempercepatkan program vaksinasi terhadap golongan terbabit selepas data terbaharu merekodkan separuh daripada mangsa COVID-19 yang meninggal dunia merupakan golongan berusia.
"Golongan berusia adalah 10 peratus daripada jumlah yang dijangkiti, tetapi data menunjukkan 50 peratus daripada golongan ini meninggal dunia akibat COVID-19," katanya.
Tambahnya, 11,600 petugas kesihatan di negara itu yang juga golongan berusia akan diberikan vaksin dahulu.
Dalam pada itu, program vaksinasi yang dilaksanakan sebelum ini menggunakan vaksin Sinovac, CoronaVac dari China pada pertengahan Januari lalu jelasnya menunjukkan penurunan bilangan jangkitan dalam kalangan petugas kesihatan.
"Kita telah periksa dan akan ulang periksa untuk melihat adakah kesan program vaksinasi di daerah-daerah (Indonesia) ini konsisten terutamanya terhadap petugas kesihatan.
"Jawa Tengah antara wilayah yang paling cepat program vaksinasi dijalankan terhadap petugas barisan hadapan," katanya lagi.
Untuk rekod, wilayah Jawa Tengah menunjukkan penurunan jangkitan virus itu pada hujung Januari lalu apabila hanya 141 petugas kesihatan disahkan positif COVID-19 berbanding 179 dan 267 sebelum ini.
Sehingga kini, 34 wilayah termasuk 500 bandar di negara itu telah menjalankan program vaksinasi secara besar-besaran.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#China
#meninggal dunia
#vaksin
#program vaksinasi
#petugas kesihatan
#kesihatan
#COVID-19
#Golongan berusia
#59 tahun
#vaksinasi
#Sinovac
#CoronoVac
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan