[TERKINI] Penamaan Calon PRN Sabah Bermula – Siapa Bakal Bertanding? Ikuti Perkembangan Terkini di Sini!
DUNIA

Indonesia musnah 5.7 tan udang tercemar radioaktif susulan amaran AS

Astro Awani 15/11/2025 | 09:59 MYT
Langkah pemusnahan dilakukan oleh Pasukan Petugas Cesium-137 Indonesia melalui proses pembakaran terkawal. -Gambar hiasan/Adobe Stock Photo
JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia telah memusnahkan sebanyak 5.7 tan udang yang didapati tercemar dengan bahan radioaktif Cesium-137, susulan amaran keselamatan daripada Amerika Syarikat (AS) berhubung eksport makanan laut dari negara itu.


Ringkasan AI
  • Udang tercemar radioaktif: 5.7 tan udang dimusnahkan di Indonesia susulan amaran keselamatan dari Amerika Syarikat berhubung eksport makanan laut.
  • Pemusnahan terkawal: Udang yang mengandungi Cesium-137 dibakar oleh Pasukan Petugas Cesium-137 Indonesia setelah ujian menunjukkan radiasi masih di bawah paras selamat.
  • Dampak kepada industri udang: Industri udang Indonesia terjejas signifikan dengan penurunan 30-35% dalam kadar pemprosesan, menimbulkan kebimbangan terhadap eksport udang ke Amerika Syarikat.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Menurut Agensi Pengawalseliaan Tenaga Nuklear Indonesia (Bapeten), udang berkenaan dibungkus dalam 494 kotak di dua kontena yang diuji positif mengandungi bahan radioaktif pada permukaan pembungkusannya.

Ujian menunjukkan tahap radiasi 10.8 Bq/kg, iaitu masih di bawah paras 100 Bq/kg yang dianggap selamat untuk pelepasan alam sekitar.

Langkah pemusnahan dilakukan oleh Pasukan Petugas Cesium-137 Indonesia melalui proses pembakaran terkawal, sebagai sebahagian daripada tindak balas segera terhadap laporan yang diterima daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) pada Ogos lalu.

Siasatan lanjut mendapati kesan radioaktif turut dikesan di 22 kemudahan dalam kawasan perindustrian Cikande, kira-kira 60 kilometer dari Jakarta, yang menjadi lokasi pemprosesan udang oleh syarikat PT Bahari Makmur Sejati.

Insiden ini menjejaskan industri udang negara itu secara ketara, dengan laporan daripada persatuan penternak menunjukkan penurunan 30 hingga 35 peratus dalam kadar pemprosesan sejak isu pencemaran terbongkar.

Indonesia merupakan pengeksport udang kelima terbesar dunia, dengan dua pertiga eksportnya dihantar ke AS.

Pihak berkuasa kini mengenal pasti keluasan kawasan terjejas dan menilai semula protokol keselamatan makanan laut bagi mengelak insiden serupa berulang.








Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apa tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa Indonesia susulan penemuan udang tercemar Cesium-137?
    A: Pihak berkuasa Indonesia telah memusnahkan 5.7 tan udang yang tercemar dengan bahan radioaktif Cesium-137 melalui proses pembakaran terkawal.
  • Q: Apakah kesan yang ditimbulkan kepada industri udang Indonesia akibat insiden ini?
    A: Industri udang Indonesia mengalami penurunan ketara dalam kadar pemprosesan, dengan laporan menunjukkan penurunan 30 hingga 35 peratus sejak isu pencemaran udang terbongkar.
  • Q: Berapakah tahap radiasi yang dikesan pada udang yang tercemar Cesium-137?
    A: Udang yang tercemar dikesan mengandungi tahap radiasi 10.8 Bq/kg, masih di bawah paras selamat 100 Bq/kg untuk pelepasan alam sekitar.
  • Q: Di manakah lokasi pemprosesan udang yang terlibat dalam insiden ini?
    A: Insiden ini berlaku di kawasan perindustrian Cikande, kira-kira 60 kilometer dari Jakarta, di mana syarikat PT Bahari Makmur Sejati memproses udang tersebut.
  • Q: Bagaimanakah pihak berkuasa Indonesia bertindak balas terhadap amaran keselamatan daripada Amerika Syarikat (AS)?
    A: Pihak berkuasa Indonesia bertindak segera dengan memusnahkan udang tercemar serta mengenal pasti keluasan kawasan terjejas dan menilai semula protokol keselamatan makanan laut bagi mengelak insiden serupa berulang.



#Indonesia #udang beku tercemar #bahan radioaktif Cesium-137 #eksport makanan laut #PT Bahari Makmur Sejati