DUNIA
Indonesia pecat Timbalan Menteri Tenaga Kerja atas kes pemerasan
Setiausaha Negara Prasetyo Hadi berkata dekri presiden yang memecat Noel (gambar) telah ditandatangani pada Jumaat malam. - Foto Instagram Immanuel Ebenezer Gerungan
JAKARTA: Presiden Indonesia Prabowo Subianto memecat Timbalan Menteri Tenaga Kerja Immanuel Ebenezer Gerungan, yang popular dengan nama Noel, selepas dinamakan sebagai suspek dalam kes peras ugut berkaitan pensijilan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Ringkasan AI
Kes itu timbul berikutan laporan awam yang mendakwa bayaran haram dikenakan untuk pengeluaran sijil Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (K3) di Kementerian Tenaga Kerja.
Setiausaha Negara Prasetyo Hadi berkata dekri presiden yang memecat Noel telah ditandatangani pada Jumaat malam.
"Kami menyerahkan keseluruhan proses undang-undang untuk dilaksanakan sebagaimana mestinya," katanya dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa pentadbiran berharap kes itu akan menjadi pengajaran kepada ahli Kabinet dan pegawai awam.
Noel dituduh oleh Suruhanjaya Pembasmian Rasuah (KPK) menerima rasuah berjumlah 3 bilion rupiah (sekitar US$185,000) dan sebuah motosikal mewah.
Pengerusi KPK Setyo Budiyanto berkata Noel tahu, membiarkan, malah memeras wang melalui skim itu, yang menaikkan kos pensijilan daripada 275,000 rupiah (US16.8) kepada sebanyak 6 juta rupiah(US368) setiap individu.
Syarikat yang enggan membayar dilaporkan berdepan kelewatan pengeluaran sijil atau penolakan permohonan mereka.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Presiden Prabowo Subianto menandatangani dekri pemecatan Noel pada malam Jumaat, selepas beliau dinamakan sebagai suspek dalam kes pemerasan.
- Noel didakwa menerima rasuah sebanyak 3 bilion rupiah dan sebuah motosikal mewah sebagai sebahagian daripada skim bayaran haram.
- Setiausaha Negara Prasetyo Hadi menegaskan bahawa proses undang-undang akan dijalankan sepenuhnya tanpa campur tangan.