JAKARTA: Kementerian Koordinator Bidang Politik, Hukum dan Keamanan Indonesia akan melakukan pemeriksaan di beberapa kawasan yang dikenal pasti 'hot spot' jenayah pemerdagangan manusia pada Rabu (5 April), menurut laporan media tempatan.
Menterinya Mahfud MD berkata modus operandi penyeludup tidak berperikemanusiaan kerana membawa pekerja migran Indonesia secara haram dan dijadikan hamba, manakala mereka yang sakit di pertengahan jalan ditinggalkan di tengah laut.
Justeru, pihaknya terus berusaha memperkukuh pengawasan serta mengetatkan penguatkuasaan undang-undang serta kawal selia demi memastikan jenayah sama tidak berulang.
Mahfud juga tidak menolak kemungkinan penyeludup turut sengaja menenggelamkan bot yang membawa pekerja migran seperti dilaporkan ketua Badan Perlindungan Pekerja Migran Indonesia (BP2MI) Benny Rhamdani.
Siasatan BP2MI mendapati satu daripada empat bot yang digunakan penyeludup ditenggelamkan di perairan Johor, Malaysia pada 15 Disember 2021 untuk mengaburi pihak berkuasa Malaysia dan Indonesia, katanya dipetik media tempatan pada Jumaat.
Insiden bot karam yang membawa kira-kira 50 pendatang tanpa izin di Tanjung Balau, Kota Tinggi mengorbankan 21 orang dan 16 lagi hilang, manakala 13 berjaya diselamatkan dalam operasi Carilamat selama lima hari dan dilaksanakan pihak berkuasa Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 02 2023

Mahfud juga tidak menolak kemungkinan penyeludup turut sengaja menenggelamkan bot yang membawa pekerja migran. - Foto Twitter/Mahfud MD

MAHB kekal untung selepas merekodkan untung bersih suku pertama RM58.19 juta
MAHB catat untung bersih RM58.19 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2023 berbanding kerugian RM104.76 juta pada suku yang sama sebelumnya.

Hanya 35 peratus suri rumah mencarum perlindungan bawah SKSSR - Sivakumar
Hanya 35 peratus atau seramai 176,883 suri rumah mendapat perlindungan di bawah SKSSR setakat Isnin, berbanding sasaran 500,000 suri rumah yang ditetapkan Kementerian Sumber Manusia pada tahun ini.

Negeri Sembilan perlu perluas sektor pertanian, penternakan moden untuk rancakkan ekonomi - Rafizi
Kerajaan Negeri Sembilan digesa memperluaskan sektor pertanian dan penternakan modennya bagi merancakkan lagi ekonomi negeri sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan.

Program NTIS jana jualan RM51.8 juta dalam tempoh dua tahun - MOSTI
NTIS berjaya menjana hasil jualan sebanyak RM51.8 juta melalui pengkomersialan 24 inovasi dalam tempoh dua tahun.

KPT pelawa pemain industri kerjasama dengan IPT rangka program TVET terbaik
KPT menjemput semua pemain industri untuk bekerjasama dengan IPT, untuk merangka program TVET yang terbaik pada masa akan datang.

Malaysia antara negara terbaik bagi industri EV - EVAM
Malaysia antara negara terbaik bagi industri kenderaan elektrik kerana mempunyai kepakaran yang sesuai untuk pelaburan dan eksport.

KPDN jamin bekalan gula Aidiladha mencukupi
KPDN arah dua kilang terbesar negara iaitu CSR dan MSM keluarkan bekalan gula pasir kasar dan halus seperti biasa untuk diagihkan kepada pemborong.

MITI saran rakan IPEF bangunkan integrasi vertikal rantaian bekalan
MITI menyarankan rakan IPEF berusaha ke arah integrasi vertikal rantaian bekalan bagi pertumbuhan holistik dan progresif untuk semua.

MIDA sasar pelaburan RM134 juta bagi industri aeroangkasa menjelang akhir 2023
Potensi pelaburan bagi projek-projek ini dianggarkan kira-kira RM900 juta dalam tempoh tiga tahun hingga lima tahun akan datang.

Indonesia bincang tindakan segera banteras jenayah pemerdagangan manusia
Presiden Joko Widodo menggesa penguatkuasa undang-undang dan agensi berkaitan supaya mengambil tindakan segera mencegah dan memberantas jenayah pemerdagangan manusia.

Indonesia bincang tindakan segera banteras jenayah pemerdagangan manusia
Presiden Joko Widodo menggesa penguatkuasa undang-undang dan agensi berkaitan supaya mengambil tindakan segera mencegah dan memberantas jenayah pemerdagangan manusia.

Macau Scam: Guru dakwa rugi RM187,000
Mangsa mendakwa dihubungi suspek yang memaklumkan terdapat waran tangkap terhadap dirinya bagi jenayah pemerdagangan manusia.

Kepulauan Riau antara 'hotspot' penyeludupan pekerja migran Indonesia
Kepulauan Riau dikenal pasti sebagai salah satu 'hotspot' pemerdagangan manusia di Indonesia, kata Menteri Koordinator Bidang Politik, Hukum dan Keamanan Mahfud MD.

Indonesia periksa 'hot spot' pemerdagangan manusia
Modus operandi penyeludup tidak berperikemanusiaan kerana membawa pekerja migran Indonesia secara haram dan dijadikan hamba.

8 migran maut selepas dua bot terbalik di perairan California Selatan
Ia dipercayai antara tragedi penyeludupan maritim paling buruk berlaku di San Diego.

Pihak berkuasa Thailand tahan dalang sindiket pemerdagangan manusia
Pihak berkuasa Thailand menahan seorang wanita warga tempatan dipercayai dalang sindiket pemerdagangan manusia membabitkan penyeludupan warga Myanmar ke Malaysia.

Dua agensi berlesen disiasat PDRM, dipercayai dalang sindiket penipuan pekerjaan
Polis sedang menyiasat dua syarikat agensi pekerjaan tempatan di bawah Unit Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) PDRM.

Lima mangsa pemerdagangan manusia di Myanmar pulang esok
Lima mangsa sindiket pemerdagangan manusia yang terkandas di Myawaddy, Myanmar dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad jam 3 petang.

Kasino muflis didakwa dalang sindiket pemerdagangan manusia
Kegiatan sindiket itu pada mulanya berpusat di negara berkenaan dan Laos sebelum beralih ke Myanmar selepas dibanteras pihak berkuasa.

Tiada unsur pemerdagangan, kanak-kanak dalam kontena akan dihantar pulang - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution berkata, laporan dan siasatan polis telah dijalankan dan mendapati tiada unsur pemerdagangan manusia terlibat.