DUNIA
Indonesia perketat saringan kesihatan di pintu masuk susulan risiko virus Nipah
Pengembara antarabangsa yang tiba di Indonesia kini tertakluk kepada saringan dan pemantauan kesihatan yang dipertingkatkan di pintu masuk negara itu, sebagai langkah berjaga-jaga bagi mencegah potensi penularan virus Nipah. - Gambar hiasan
JAKARTA: Pengembara antarabangsa yang tiba di Indonesia kini tertakluk kepada saringan dan pemantauan kesihatan yang dipertingkatkan di pintu masuk negara itu, ketika pihak berkuasa memperhebat langkah berjaga-jaga bagi mencegah potensi penularan virus Nipah.
Ketua Pusat Kuarantin Kesihatan (BBKK) di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Naning Nugrahini berkata, setiap pengembara kini diwajibkan mengemukakan pengisytiharan kesihatan sebelum tiba di Indonesia melalui platform Olimnesia.
"Sama ada terdapat virus atau tidak, kami sememangnya mempunyai sistem Olimnesia. Di dalamnya terdapat pengisytiharan kesihatan, justeru pengembara diminta mengisi status kesihatan mereka sebelum tiba di Indonesia bagi menilai keadaan fizikal mereka.
"Sekiranya terdapat pengembara dari negara terjejas, sebagai contoh kes kini banyak dilaporkan di India, kami mempunyai profil pesawat bagi penerbangan terus dari India ke Jakarta dan akan menilai sama ada terdapat individu bergejala. Jika ada, pegawai akan menaiki pesawat untuk menjalankan pemeriksaan lanjut," katanya seperti dilaporkan Agensi Berita ANTARA pada Selasa.
Naning berkata, pihak berkuasa lapangan terbang turut menubuhkan pos pemeriksaan khas di kawasan terminal yang dilengkapi pengimbas haba, selain pegawai kesihatan menjalankan pemeriksaan visual terhadap penumpang.
Menurutnya, tahap pemantauan dan saringan akan diselaraskan secara dinamik selaras dengan perkembangan terkini.
Setakat ini, katanya, tiada kes virus Nipah dikesan di Indonesia, namun pihak berkuasa kekal berwaspada.
Beliau berkata, BBKK turut bekerjasama dengan pihak berkuasa kuarantin haiwan bagi mencegah penularan virus Nipah, yang boleh berpunca daripada haiwan seperti kelawar, monyet dan babi.
--BERNAMA