awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad

Indonesia perluas operasi pencarian selepas feri karam di Selat Bali

Bernama
Bernama
04/07/2025
11:00 MYT
Indonesia perluas operasi pencarian selepas feri karam di Selat Bali
Sekurang-kurangnya enam orang disahkan maut manakala 29 lagi masih hilang, menurut pihak berkuasa. Seramai 30 orang berjaya diselamatkan. - AP
JAKARTA: Pasukan mencari dan menyelamat meneruskan operasi pada awal pagi Jumaat bagi mengesan mangsa feri yang karam di Selat Bali, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pasukan mencari dan menyelamat kini "berlumba" dengan masa dan keadaan laut yang berubah-ubah. Operasi bersama yang diketuai Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) akan diteruskan setiap hari dari 6 pagi hingga 7 malam sekurang-kurangnya selama tujuh hari mengikut protokol nasional, kata pegawai.
"Operasi diteruskan dan kami berharap dengan doa semua, lebih ramai mangsa dapat ditemui dalam keadaan selamat," kata Ketua Basarnas Muhammad Syafii.
Sekurang-kurangnya enam orang disahkan maut manakala 29 lagi masih hilang, menurut pihak berkuasa. Seramai 30 orang berjaya diselamatkan.
Feri Tunu Pratama Jaya karam lewat Rabu malam ketika melakukan pelayaran rutin. Ia membawa 65 orang dan beberapa trak kargo dari Pelabuhan Ketapang di Jawa Timur ke Gilimanuk di Bali apabila ia mula dimasuki air dalam keadaan yang masih belum jelas.
Sumber tambahan telah digerakkan bagi operasi itu dengan penyertaan penyelam penyelamat khas, helikopter dan dron. Balai polis tempatan di sepanjang pantai Banyuwangi juga bekerjasama dengan nelayan tradisional bagi memantau arus dan kemungkinan serpihan hanyut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#feri karam
#Selat Bali
#SAR
#misi pencarian
#Basarnas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.