awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia rancang membuka sempadan negara November tahun ini

Astro Awani
Astro Awani
15/09/2021
00:41 MYT
Indonesia rancang membuka sempadan negara November tahun ini
Menteri Kabinet itu juga memberi isyarat pembukaan semula pulau peranginan di Bali, namun tidak menyatakan garis masa ditetapkan. - Foto fail/Nyoman Hendra Wibowo via REUTERS
JAKARTA: Indonesia merancang untuk membuka semula sempadannya kepada warga asing pada November tahun ini selepas 70 peratus daripada populasi telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.
Menteri Kesihatan, Budi Gunadi Sadikin berkata, pihaknya mengambil petunjuk daripada strategi yang digunakan Britain yang mengutamakan pemberian dos pertama vaksin dan mencapai tahap kemasukan ke hospital serta kematian yang lebih rendah.
Memetik laporan Reuters, garis waktu November 2021 adalah pertama kali diumumkan Menteri Kanan Indonesia dalam pembukaan semula sempadan negara itu.
Hanya warganegara asing yang memiliki visa diplomatik atau bekerja dan memenuhi syarat untuk pengecualian lain dibenarkan memasuki Indonesia.
Budi berkata, sekatan sempadan akan dilonggarkan lebih lanjut selepas 70 peratus populasi mendapat dua dos.
Menteri Kabinet itu juga memberi isyarat pembukaan semula pulau peranginan di Bali, namun tidak menyatakan garis masa ditetapkan.
Indonesia mencatatkan lebih daripada 4.1 juta kes dan 139,000 kematian akibat COVID-19.
Namun kes baharu positif telah menurun di negara itu sejak akhir bulan Julai.
Sekatan sosial telah dikuatkuasakan sejak awal bulan Julai namun telah dilonggarkan secara beransur-ansur untuk membolehkan pusat membeli-belah, restoran, pawagam dan kilang beroperasi dengan kapasiti terhad serta bersyarat.
Ekonomi terbesar di Asia Tenggara itu merupakan salah satu negara dilanda wabak COVID-19 terburuk di Asia.
Budi menambah, kadar vaksinasi perlu ditingkatkan dua kali ganda hingga 2 juta suntikan setiap hari dengan mengerahkan polis dan tentera membantu untuk memberikan suntikan.
Program vaksinasi Ondonesia menghadapi beberapa cabaran pengedaran, logistik dan keraguan mengenai vaksin.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Sempadan Negara
#vaksin
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan