awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia sasar jadi hab pengeluaran halal

Bernama
Bernama
19/09/2023
06:50 MYT
Indonesia sasar jadi hab pengeluaran halal
Nilai penggunaan makanan halal dunia pada 2021 mencecah AS$1.27 trilion dan diunjur mencecah US$1.6 trilion menjelang 2025. - Gambar hiasan/ Reuters
SHANGHAI: Indonesia bukan sahaja mahu menjadi negara yang menetapkan piawaian pensijilan halal, bahkan menjadi hab pengeluaran halal global, kata Naib Presiden Ma'ruf Amin.
"Indonesia bukan sahaja mahu menyediakan piawaian pensijilan halal di dunia, malah mahu menjadi negara terbesar dunia dalam menghasilkan produk halal," katanya pada Isnin, lapor agensi berita ANTARA.
Naib Presiden Amin membuat kenyataan itu semasa pertemuannya dengan Institut Penilaian Makanan, Ubat-ubatan dan Kosmetik Majelis Ulama Indonesia (LPPOM MUI), Shanghai dan pengusaha sektor halal China.
Pertemuan itu berlangsung di Pejabat LPPOM MUI di Shanghai, yang juga berfungsi sebagai pejabat Shanghai Al-Amin Consultant, sebuah daripada anak syarikat Shanghai Al-Amin Biotech Co. Ltd.
"Kami menyediakan standard halal yang menjadi sistem standard halal di dunia dan diiktiraf oleh 50 badan pensijilan halal," kata Naib Presiden.
Untuk membangunkan dan mempromosi penyeragaman produk halal Indonesia, LPPOM MUI telah menubuhkan pejabat perwakilan di beberapa bandar global, termasuk Shanghai.
Amin mengajak usahawan dari beberapa negara khususnya China untuk melabur dalam produk halal di Indonesia.
"Di Fuzhou baru-baru ini, kami bertemu 10 usahawan, termasuk yang pernah dan akan melabur di Indonesia memandangkan gaya hidup halal sudah menjadi sebahagian daripada masyarakat Islam global," katanya.
Menurutnya, nilai penggunaan makanan halal dunia pada 2021 mencecah AS$1.27 trilion dan diunjur mencecah US$1.6 trilion menjelang 2025, manakala pelaburan dalam sektor makanan halal mencecah hampir US$4 bilion dalam tempoh 2020-2021.
"Halal sudah menjadi gaya hidup sebahagian penduduk dunia tanpa mengira agama atau kepercayaan, kerana kebersihan, keselamatan dan kesihatan produk halal terjamin yang pastinya akan merangsang permintaan dunia terhadap produk halal pada masa hadapan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#hab halal
#China
#industri makanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan