DUNIA
Indonesia sasar laksana Hari Tanpa Kereta di 514 bandar menjelang 2029
Indonesia menyasarkan untuk melaksanakan Hari Tanpa Kereta (CFD) di 514 bandar di seluruh negara menjelang 2029, sebagai sebahagian daripada usaha menggalakkan penyertaan orang awam dalam aktiviti sukan. - Gambar fail/hiasan
JAKARTA: Indonesia menyasarkan untuk melaksanakan Hari Tanpa Kereta (CFD) di 514 bandar di seluruh negara menjelang 2029, sebagai sebahagian daripada usaha menggalakkan penyertaan orang awam dalam aktiviti sukan.
Menteri Belia dan Sukan Erick Thohir berkata inisiatif itu kini sedang dilaksanakan di 170 bandar.
"Ini adalah sebahagian daripada strategi yang lebih luas untuk menyerapkan elemen sukan ke dalam kehidupan harian masyarakat.
Satu daripada cara untuk mempopularkan sukan dalam kalangan masyarakat adalah menerusi acara CFD yang mudah diakses, berpatutan dan inklusif untuk semua lapisan masyarakat," katanya seperti yang dilaporkan agensi berita ANTARA pada Selasa.
Erick berkata berdasarkan data kementerian bagi tahun 2024, kadar penyertaan sukan awam di Indonesia berada pada tahap 26.3 peratus, jauh di belakang Singapura (55 peratus), United Kingdom (60 peratus) dan Jepun (70 peratus).
Beliau berkata kementerian menyasarkan peningkatan penyertaan sukan awam kepada 47.5 peratus menjelang 2029, selain meningkatkan Indeks Pembangunan Sukan daripada 0.32 kepada 0.35.
-- BERNAMA