DUNIA
Indonesia sedia rawat 2,000 mangsa perang Gaza di Pulau Galang – Istana Presiden
Pulau Galang dipilih kerana lokasinya terpencil dan telah dilengkapi kemudahan perubatan sejak pandemik COVID-19. -Gambar fail/Reuters
JAKARTA: Kerajaan Indonesia akan menyediakan rawatan perubatan kepada kira-kira 2,000 penduduk Gaza yang cedera akibat serangan ketenteraan Israel.
Ringkasan AI
Menurut kenyataan Pejabat Komunikasi Presiden (PCO), inisiatif itu bakal dilaksana menggunakan fasiliti kesihatan di Pulau Galang, sebuah pulau tidak berpenghuni di Kepulauan Riau.
Ketua PCO, Hasan Nasbi berkata langkah itu adalah sebahagian daripada misi kemanusiaan dan bukan rancangan pemindahan kekal.
“Mereka yang cedera akibat runtuhan bangunan dan pengeboman akan dirawat di Pulau Galang dan akan kembali ke Gaza selepas pulih,” katanya dalam sidang media di Jakarta, pada Jumaat.
Pulau Galang, yang terletak di selatan Singapura dan pernah menjadi kem pelarian Vietnam antara 1979 hingga 1996, telah dilengkapi dengan hospital dan kemudahan sokongan semasa pandemik COVID-19.
Lokasinya yang terpencil menjadikannya sesuai untuk operasi rawatan tanpa menjejaskan penduduk tempatan.
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, sebelum ini menyatakan kesediaan negara itu untuk menghantar pesawat bagi membawa kira-kira 1,000 mangsa perang dalam fasa pertama.
Beliau juga telah mengarahkan Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Pertahanan untuk menguruskan aspek teknikal pelaksanaan rancangan tersebut.
Hasan menegaskan bahawa keluarga mangsa turut akan diberi tempat perlindungan sementara di pulau berkenaan.
“Ini bukan pelan pemindahan. Ini adalah operasi kemanusiaan untuk membantu sebanyak mungkin mangsa perang,” katanya.
Langkah ini menyusul selepas Indonesia menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza susulan serangan Israel yang bermula pada Oktober 2023, yang menurut Kementerian Kesihatan Gaza telah meragut lebih 60,000 nyawa.
Kementerian Luar Negeri Indonesia turut menegaskan pendirian negara itu yang menyokong penyelesaian dua negara dan menolak sebarang usaha untuk memindahkan rakyat Palestin secara paksa dari tanah asal mereka.
Ringkasan AI
- Kerajaan Indonesia akan merawat kira-kira 2,000 penduduk Gaza yang cedera akibat serangan Israel di fasiliti kesihatan Pulau Galang, sebagai sebahagian daripada misi kemanusiaan tanpa rancangan pemindahan kekal.
- Pulau Galang dipilih kerana lokasinya terpencil dan telah dilengkapi kemudahan perubatan sejak pandemik COVID-19, dengan mangsa akan dihantar pulang ke Gaza selepas pulih.
- Indonesia menegaskan sokongan terhadap penyelesaian dua negara dan menolak pemindahan paksa rakyat Palestin, serta telah menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza sejak serangan bermula pada Oktober 2023.