awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia sekat kandungan dalam talian berunsur radikal

Bernama
Bernama
31/08/2023
12:24 MYT
Indonesia sekat kandungan dalam talian berunsur radikal
Kandungan dengan unsur radikal itu disebar melalui pelbagai platform digital, dengan 116 kandungan di X (Twitter), 46 di Facebook, 11 di Instagram dan satu di YouTube. - Gambar hiasan/Freeimages
JAKARTA: Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat Indonesia menyekat 174 akaun dan kandungan internet yang disyaki mengandungi aktiviti indoktrinasi dan menyebarkan ideologi radikal, sejak Julai hingga hingga hari ini.
Kandungan itu disebarkan melalui pelbagai platform digital, dengan 116 kandungan di X (Twitter), diikuti 46 di Facebook, 11 di Instagram dan satu di YouTube.
Dalam satu kenyataan, menterinya Budi Arie Setiadi berkata, tindakan itu selari dengan arahan Presiden Joko Widodo untuk memastikan pilihan raya 2024 dapat dijalankan dengan aman.
Tindakan itu dilakukan dengan kerjasama Angkatan Bersenjata Nasional Indonesia dan Agensi Memerangi Keganasan Nasional dengan menjalankan pemantauan terhadap platform digital.
Beliau berkata berdasarkan pemantauan itu, didapati terdapat peningkatan ketara dalam penyebaran kandungan radikal, beberapa daripadanya bergabung dengan Jemaah Ansharud Daulah (JAD) dan Jamaah Islamiah (JI).
Keganasan antara isu yang menjadi tumpuan utama pada Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai Jenayah Rentas Sempadan ke-17 di Labuan Bajo, Nusa Tenggara Timur minggu lalu.
Indonesia selaku negara tuan rumah, menekankan kepentingan mengukuhkan kerjasama serantau untuk menangani ancaman ini yang berpotensi mengganggu kestabilan rantau ini.
"Kumpulan pengganas di sebuah negara boleh menimbulkan ancaman kepada seluruh rantau," kata jurucakap unit polis antikeganasan elit Indonesia, Aswin Siregar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kandungan radikal
#Indonesia
#media sosial
#indoktrinasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan