awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPM, KPT teliti aspek teknikal pelaksanaan wajib Bahasa Melayu, Sejarah
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia siasat kematian remaja lelaki 13 tahun yang didakwa dibunuh polis

Agensi
Agensi
26/06/2024
21:00 MYT
Indonesia siasat kematian remaja lelaki 13 tahun yang didakwa dibunuh polis
Suruhanjaya hak asasi manusia kebangsaan (Komnas HAM) Indonesia sedang menyiasat kematian seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang didakwa dipukul hingga mati oleh polis di pulau Sumatera, kata pegawai. - Gambar hiasan
JAKARTA: Suruhanjaya hak asasi manusia kebangsaan (Komnas HAM) Indonesia sedang menyiasat kematian seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang didakwa dipukul hingga mati oleh polis di pulau Sumatera, kata pegawai.
Penduduk dilaporkan menemui mayat pelajar sekolah menengah, Afif Maulana dalam keadaan lebam di sungai berhampiran sebuah kampung di Padang, di Sumatera Barat pada 9 Jun lalu.
Laporan awal Institut Bantuan Guaman Padang mendapati polis telah memukul Afif dan membakar, memukul serta mengenakan renjatan elektrik ke atas lapan pelajar lain yang bersamanya ketika itu.
Polis, bagaimanapun, menafikan dakwaan itu, tetapi Komnas HAM berkata, pada Selasa, ia membuka siasatan berhubung insiden itu.
"Kematian Afif adalah luar biasa dan kami mengesyaki terdapat tindakan yang menyalahi undang-undang oleh polis," kata Pesuruhjaya Komnas HAM,Hari Kurniawan,
Polis mendakwa, mereka bertindak untuk memisahkan pelajar yang kelihatan bersedia untuk bergaduh. "Pergaduhan sekolah belum bermula jadi jika mereka mahu menyuraikan mereka, mereka sepatutnya melakukannya dengan cara yang berperikemanusiaan," tegas Pesuruhjaya Komnas HAM kedua, Putu Elvina,
Komnas HAM telah mengerahkan penyiasat ke Sumatera Barat untuk mengumpul bukti.
Bagaimanapun, tidak jelas bila mereka akan membentangkan penemuan mereka.
Bercakap kepada media tempatan, Ketua Polis Sumatera Barat, Suharyono menafikan mana-mana pegawainya terlibat dalam kematian Afif atau penganiayaan pelajar lain selain berkata, tiada bukti daripada saksi.
Polis Sumatera Barat berkata mereka telah menyoal siasat 39 pegawai polis setakat ini dan mereka tidak menerima laporan mengenai penderaan. - Reuters
Topic Berkaitan
#kematian remaja lelaki
#polis didakwa bunuh
#Komnas HAM
#Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan