DUNIA
Indonesia, Singapura bekerjasama siasat rangkaian pemerdagangan bayi rentas sempadan
Pihak berkuasa mengesan laluan penyeludupan bayi yang menghubungkan Bandung, Pontianak dan Jakarta ke Singapura. - Gambar hiasan
JAKARTA: Polis Indonesia bekerjasama dengan Pasukan Polis Singapura (SPF) untuk menyiasat sindiket pemerdagangan bayi rentas sempadan yang terbongkar di Jawa Barat, menurut pegawai.
Siasatan bersama itu, yang diselaraskan melalui Biro Pusat Kebangsaan Interpol di Jakarta, dilancarkan selepas pihak berkuasa mengesan laluan penyeludupan yang menghubungkan Bandung, Pontianak dan Jakarta ke Singapura.
Setiausaha Biro, Brig Jen Untung Widyatmoko dalam satu kenyataan berkata pihaknya kini menjejaki aliran pemerdagangan ke luar negara.
"Di bawah kerjasama ini, SPF akan menyoal saksi berdasarkan soalan yang disediakan penyiasat Jawa Barat dan disalurkan melalui pejabat Interpol di Jakarta.
SPF juga bersetuju membantu mengesan tiga warga Singapura yang disyaki terlibat," katanya sambil menambah bahawa penyiasat turut dinasihatkan menyemak data identiti kebangsaan kurier yang dipercayai mengiringi bayi ke Singapura.
Pada Julai lepas, polis Jawa Barat menamakan 22 suspek yang didakwa memperdagangkan sekurang-kurangnya 25 bayi, termasuk 15 yang telah dihantar ke Singapura atas alasan kononnya untuk tujuan diambil sebagai anak angkat.
Pengarah Siasatan Jenayah Polis Jawa Barat, Pesuruhjaya Surawan berkata setiap bayi dijual pada harga sekitar S$20,000 (kira-kira 254 juta rupiah), termasuk kos penghantaran, penjagaan bayi dan keuntungan.
"Jumlah itu berdasarkan 12 sijil pengangkatan berkanun yang dirampas dari rumah seorang suspek. Dokumen berbahasa Inggeris itu dipercayai digunakan untuk memberi gambaran seolah-olah ia sah," katanya.
Suspek-suspek berdepan pertuduhan di bawah undang-undang antipemerdagangan manusia Indonesia 2007 yang membawa hukuman maksimum 15 tahun penjara dan denda sehingga 600 juta rupiah (kira-kira US$36,000).
-- BERNAMA