awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia tahan buruan Thailand paling dikehendaki di Bali

Bernama
Bernama
01/06/2024
12:46 MYT
Indonesia tahan buruan Thailand paling dikehendaki di Bali
Chaowalit yang mempunyai rekod jenayah termasuk sabitan atas cubaan membunuh dan pemilikan senjata api secara haram diberkas di sebuah apartmen di Bali. - Foto edaran pihak berkuasa Thailand
JAKARTA: Polis Indonesia (Polri) telah menahan Chaowalit Thongduang, buruan paling dikehendaki di Thailand yang juga dikenali sebagai Sia Paeng Nanod, di Bali pada pagi Khamis selepas dia melarikan diri selama tujuh bulan.
Chaowalit yang mempunyai rekod jenayah termasuk sabitan atas cubaan membunuh dan pemilikan senjata api secara haram diberkas di sebuah apartmen di kawasan Badung.
"Dia dikehendaki oleh pihak berkuasa di Thailand," kata Ketua Bahagian Hubungan Antarabangsa Polri, Krishna Murti, dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Sementara itu, polis menahan dua warga tempatan di Sumatera Utara yang mempunyai kaitan dengan Chaowalit, yang pernah singgah sebentar di Medan kerana membantu pelariannya di Indonesia, termasuk menyediakan kad pengenalan palsu.
Menurut laporan Bangkok Post, Chaowalit sebelum ini melarikan diri dari sebuah hospital di Nakhon Si Thammarat pada 22 Oktober 2023 dan terlibat dalam serangan terhadap anggota polis Thailand.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Chaowalit Thongduang
#orang buruan
#Thailand
#Bali
#jenayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan