awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Rohingya dihukum penjara 16 tahun sebabkan kematian rakan senegara
Cuepacs ingatkan penjawat awam urus kenaikan gaji secara berhemat, berdisiplin
Ghea Indrawari kembali ke KL menerusi konsert 'Rasi Jiwa'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia tangguh naikkan bayaran masuk ke Kuil Borobudur

Bernama
Bernama
08/06/2022
21:50 MYT
Indonesia tangguh naikkan bayaran masuk ke Kuil Borobudur
Pada masa ini, bayaran masuk ke kompleks Borobudur di Jawa Tengah ialah AS$25 dan AS$5 masing-masing untuk pelancong asing dan tempatan. - Gambar fail
JAKARTA: Kerajaan Indonesia menangguhkan rancangan untuk menaikkan bayaran masuk ke Kuil Borobudur yang diumumkan sebelum ini, kata Gabenor Jawa Tengah Ganjar Pranowo.
Beliau berkata pihak berkenaan akan membincangkan secara menyeluruh beberapa langkah dalam menguruskan pelancong yang ingin mendaki ke kuil, termasuk menaikkan harga tiket, dan mengehadkan kuota pelancong.
Ganjar berkata demikian dalam satu kenyataan selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Luhut Pandjaitan pada Selasa.
Pada Sabtu, Luhut berkata cadangan untuk menaikkan harga tiket adalah sebahagian usaha untuk memulihara kuil yang rosak akibat vandalisme serta memastikannya bersih dan bebas sampah.
Bayaran masuk akan dinaikkan kepada US$100 (US$1=RM4.39) untuk pelancong asing dan AS$71 pelancong tempatan.
Pada masa ini, bayaran masuk ke kompleks Borobudur, Tapak Warisan Dunia UNESCO di Jawa Tengah ialah AS$25 dan AS$5 masing-masing untuk pelancong asing dan tempatan.
Pelbagai reaksi diterima daripada orang ramai, sebilangan besar mengalu-alukan langkah berkenaan, memandangkan ia dapat menjana dana tambahan untuk kerja-kerja menyelenggara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#bayaran masuk
#Kuil Borobudur
#Ganjar Pranowo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan