Indonesia tetap bertegas mempertahankan tindakannya menamakan sebuah kapal tentera lautnya bersempena dengan nama dua anggota marinnya yang terlibat dalam satu insiden pengeboman di Singapura pada tahun 1965 biar apapun pandangan Singapura mengenainya.
Menteri Luar Indonesia, Marty Natalegawa berpendapat langkah Indonesia itu tidak akan menjejaskan hubungan negara itu dengan Singapura.
"Kami tetap berusaha mengelola hubungan baik dengan Singapura," katanya seperti dipetik oleh Tempo.co pada Rabu.
Menurut Marty, perbezaan pendapat antaara dua negara berjiran adalah perkara biasa dan isu ini adalah perbezaan pendapat yang terkait dengan sejarah yang telah selesai sejak 1970 ketika Perdana Menteri Singapura ketika itu, Lee Kuan Yew melawat Indonesia.
"Kami tak bermaksud untuk menunjukkan tidak bersahabay tetapi hal ini sudah selesai," kata Marty. "Kini Menteri Luar ddan Menteri Pertahanan kedua negara saling berkomunikasi."
Isu ini berbangkit susulan ketibaan sebuah daripada tiga buah kapal yang dibeli oleh Indonesia daripada Britain sekitar pertengahan tahun ini. Tentera laut Indonesia akan menamakan tiga kapal perang baru itu dengan nama Kapal Perang Republik Indonesia (KRI) Bung Tomo, KRI John Lie dan KRI Usman Harun.
Singapura membantah tindakan Indonesia itu kerana merasakan langkah menamakan kapal itu dengan nama Usman dan Harun akan membuka luka lama waris insiden pengeboman bangunan MacDonald House di Orchard Road pada 10 Mac 1965.
Singapura pada Selasa mengumumkan larangan ke atas KRI Usman Harun daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan atau pangkalan laut miliknya.
Menteri Pertahanan Singapura, Ng Eng Hen berkata kehadiran kapal Indonesia itu di perairannya akan "jadi peringatan kepada kekerasan ketenteraan dan jenayah yang dilakukan oleh marin Indonesia yang membunuh dan memusnahkan kehidupan orang awam dan keluarga mereka di Singapura".
Nama KRI Usman Harun diambil daripada dua anggota Korps Komando Operasi, yang kini dikenali sebagai Korps Marin, Usman Mohammad Ali dan Harun Said yang diberi arahan untuk menyusup ke Singapura ketika kemuncak konfrontasi antara Indonesia dan Malaysia.
Singapura ketika itu adalah sebahagian daripada Malaysia yang dibentuk pada 16 September 1963 sebelum berpisah pada 9 Ogos 1965.
Singapura menganggap dua anggota marin itu sebagai penjenayah perang. Mereka dibicarakan dan dihukum mati pada 17 Oktober 1968.
Astro Awani
Wed Feb 19 2014
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
Syarikat Indonesia bina jambatan arboreal untuk primat Sumatera
Melalui jambatan arboreal itu, primat dapat bergerak bebas ke kawasan lain, mencari makanan dan membiak tanpa gangguan aktiviti manusia.
Persahabatan mengatasi pakatan dalam dasar luar Indonesia - Menteri Luar Indonesia
Sugiono menyifatkan strategi ini sebagai kunci dalam memupuk rasa hormat dan kerjasama bersama.
Banjir, tanah runtuh ragut 31 nyawa di Sumatera Utara Indonesia
Hujan berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di wilayah Sumatera Utara Indonesia, menyebabkan sekurang-kurangnya 31 orang maut.
Pilkada 2024: Krisdayanti, Rano Karno antara artis berentap jawatan penting
Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada) 2024 turut diserikan dengan kehadiran ramai artis dan selebriti bertanding untuk jawatan penting.
Pilkada 2024: Semua daerah sudah siap sedia - KPU RI
Beberapa daerah seperti Lumajang, Surabaya, dan Sidoarjo telah melakukan persiapan sepenuhnya dari segi logistik dan Tempat Pemungutan Suara (TPS).
Pilkada 2024: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS$100 juta Apple untuk 2024-2026
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.
13 terbunuh, 18 cedera akibat tanah runtuh, banjir kilat di wilayah Sumatera Utara
Di Deli Serdang, enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera selepas arus deras menghanyutkan empat rumah dan sebuah bangunan keagamaan.