awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik

Bernama
Bernama
02/02/2026
13:15 MYT
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Prabowo telah menyampaikan pendirian Indonesia melalui saluran diplomatik. - Gambar fail/Bernama
JAKARTA: Indonesia akan terus menggunakan saluran diplomatik dan memberikan sokongan kemanusiaan kepada Gaza melalui Lembaga Keamanan (BoP), ketika pertempuran semakin sengit di enklaf berkenaan.

Ringkasan AI
  • Indonesia terus memberikan sokongan kemanusiaan kepada Gaza melalui Lembaga Keamanan (BoP) dengan menggunakan saluran diplomatik, walaupun pertempuran di enklaf tersebut semakin sengit.
  • Presiden Prabowo Subianto telah menyampaikan pendirian Indonesia secara tertutup melalui saluran diplomatik, menunjukkan komitmen negara itu dalam menyokong usaha kemanusiaan untuk Gaza dan Palestin.
  • Indonesia, bersama negara lain termasuk Israel, menandatangani piagam BoP di Davos, Switzerland, menunjukkan kesungguhan negara itu dalam membangunkan platform kemanusiaan global; sementara pihak kerajaan akan berbincang dengan Majlis Ulama Indonesia (MUI) berkenaan gesaan mereka untuk mempertimbangkan semula penyertaan Indonesia dalam platform tersebut.

Menteri Setiausaha Negara Prasetyo Hadi berkata Presiden Prabowo Subianto telah menyampaikan pendirian Indonesia melalui saluran diplomatik, sambil menambah bahawa ia dilakukan "secara tertutup."
Beliau menegaskan bahawa penglibatan Indonesia dalam platform berkenaan mencerminkan komitmen luas negara itu dalam menyokong usaha kemanusiaan untuk Gaza dan Palestin.
"Kami prihatin (mengenai serangan itu) dan kami akan terus berusaha, kerana itu adalah sebahagian daripada komitmen kami sebagai bangsa Indonesia untuk membantu saudara-saudara kita di Gaza dan di Palestin. Begitulah keadaannya," katanya kepada pemberita pada Isnin. Video kenyataan beliau turut dikongsi secara dalam talian.
Pada 22 Jan lepas, Indonesia bersama beberapa negara lain termasuk Israel, menandatangani piagam BoP di Davos sempena Forum Ekonomi Dunia 2026 di Switzerland.
Antara penandatangan lain termasuk Hungary, Bahrain, Mesir, Jordan, Kazakhstan, Qatar, Arab Saudi dan Turkiye.
Mengenai gesaan Majlis Ulama Indonesia (MUI) supaya kerajaan mempertimbangkan semula penyertaannya atau menarik diri, Prasetyo berkata pihak kerajaan akan mengadakan dialog dengan badan itu dalam masa terdekat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hubungan diplomatik
#Lembaga Keamanan
#sokongan kemanusiaan
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan