DUNIA
Indonesia tidak bercita-cita jadi kuasa ketenteraan global, kata Prabowo

Prabowo menandatangani kenderaan elektrik Pandu Maung MV3 buatan Pindad ketika merasmikan 'Indo Defence 2025 Expo Forum' di JIExpo, Jakarta Pusat, Indonesia, 11 Jun 2025. REUTERS
JAKARTA: Presiden Prabowo Subianto menegaskan bahawa Indonesia tidak bercita-cita menjadi kuasa ketenteraan global, sebaliknya kekal komited terhadap dasar luar yang berkecuali dan tidak berpihak.
Ringkasan AI
- Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menegaskan Indonesia kekal berkecuali dan tidak bercita-cita menjadi kuasa ketenteraan global.
- Beliau menekankan pertahanan penting untuk menjaga keselamatan, tetapi perang hanya menjadi pilihan terakhir jika benar-benar terpaksa.
- Indonesia terus memupuk kerjasama antarabangsa melalui pameran pertahanan bertemakan keamanan dan kestabilan sejagat.
Beliau menegaskan bahawa perang adalah pilihan terakhir bagi Indonesia.
"Kita hanya akan berperang jika benar-benar terpaksa.
"Namun jika terpaksa, seperti yang diajarkan oleh nenek moyang kita, lebih baik kita terkorban daripada dijajah kembali," tegasnya.
Prabowo berkata bahawa kekuatan pertahanan amat penting untuk menjamin keselamatan, kerana sejarah telah membuktikan bahawa negara yang gagal melabur dalam sektor itu sering kehilangan kedaulatan dan kemerdekaan, malah diperhamba.
"Indonesia adalah bangsa yang cinta damai. Tetapi kami lebih mencintai kemerdekaan," katanya.
Pameran dan ekspo pertahanan dwitahunan kali ini bertemakan "Perkongsian Pertahanan untuk Keamanan dan Kestabilan Sejagat" bertujuan bagi mengukuhkan kerjasama antarabangsa dalam sektor pertahanan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami