Skip to main content

Dunia

Indonesia turunkan had penurunan harga saham kepada tujuh peratus

Penurunan itu menyusuli aksi jualan besar-besaran pada Jumaat, apabila JCI menjunam lebih lapan peratus pada awal dagangan sehingga mencetuskan penggantungan dagangan selama 30 minit, sebelum ditutup 11.57 peratus lebih rendah pada 5,185.10 mata. -Gambar fail/Reuters
Penurunan itu menyusuli aksi jualan besar-besaran pada Jumaat, apabila JCI menjunam lebih lapan peratus pada awal dagangan sehingga mencetuskan penggantungan dagangan selama 30 minit, sebelum ditutup 11.57 peratus lebih rendah pada 5,185.10 mata. -Gambar fail/Reuters

Advertisement

Ringkasan AI

  • Bursa Saham Indonesia menurunkan had penolakan automatik penurunan harga saham kepada tujuh peratus bagi mengawal ketidaktentuan pasaran dan memastikan perdagangan teratur.
  • Langkah ini berkuat kuasa mulai Isnin hingga 31 Disember 2026, dengan semakan lanjut bergantung kepada perkembangan pasaran.
  • Pasaran saham Indonesia bergolak susulan cadangan MSCI untuk mengklasifikasikan semula negara itu akibat isu ketelusan pemilikan saham dan tadbir urus.

JAKARTA: Bursa Saham Indonesia (IDX) menurunkan had penolakan automatik bagi penurunan harga saham kepada tujuh peratus daripada 15 peratus bagi membendung ketidaktentuan pasaran serta memastikan perdagangan yang teratur, adil dan cekap.

Had baharu itu, yang diperkenalkan dengan sokongan Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Indonesia (OJK), berkuat kuasa pada Isnin dan akan dilaksanakan sehingga 31 Dis 2026, tertakluk kepada semakan lanjut berdasarkan perkembangan pasaran.

“Pelarasan ini juga bertujuan memberi peluang kepada pelabur untuk menilai dan meneliti maklumat yang tersedia, sekali gus menyokong keputusan pelaburan yang lebih termaklum berdasarkan asas ekonomi Indonesia,” menurut IDX dalam satu kenyataan.

Pada pembukaan dagangan Isnin, Indeks Komposit Jakarta (JCI), penanda aras pasaran saham Indonesia, merosot 223.23 mata atau 4.31 peratus kepada 4,961.88 mata, sekali gus jatuh di bawah paras psikologi 5,000 mata.

Penurunan itu menyusuli aksi jualan besar-besaran pada Jumaat, apabila JCI menjunam lebih lapan peratus pada awal dagangan sehingga mencetuskan penggantungan dagangan selama 30 minit, sebelum ditutup 11.57 peratus lebih rendah pada 5,185.10 mata.

Pergolakan pasaran itu berlaku susulan kebimbangan terhadap cadangan penyedia indeks global MSCI untuk mengklasifikasikan semula Indonesia daripada pasaran sedang pesat membangun kepada pasaran tersendiri, berikutan isu ketelusan pemilikan saham dan tadbir urus pasaran.

MSCI telah membuka rundingan dengan peserta pasaran sehingga 30 April 2027, dengan keputusan muktamad dijangka diumumkan menjelang akhir Jun 2027.

Di bawah peruntukan yang disemak itu, IDX memaklumkan had atas penolakan automatik bagi kenaikan harga saham kekal antara 20 hingga 35 peratus, bergantung pada harga saham. Bagi saham berharga antara Rp1 hingga Rp10, had atas dan bawah sedia ada sebanyak Rp1 setiap satu dikekalkan.

Perubahan itu dimuktamadkan menerusi Keputusan Lembaga Pengarah IDX No. Kep-00157/BEI/10-2026 mengenai perdagangan sekuriti ekuiti, yang menggantikan peruntukan terdahulu yang dikeluarkan pada September.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 

 

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah perubahan had penolakan automatik harga saham yang diumumkan oleh Bursa Saham Indonesia (IDX)? 
    A: IDX menurunkan had penolakan automatik bagi penurunan harga saham kepada tujuh peratus daripada 15 peratus.
  • Q: Bilakah had baharu penolakan automatik ini berkuat kuasa dan sehingga bila ia akan dilaksanakan? 
    A: Had baharu ini berkuat kuasa pada Isnin dan akan dilaksanakan sehingga 31 Disember 2026, tertakluk kepada semakan lanjut berdasarkan perkembangan pasaran.
  • Q: Apakah punca utama pergolakan pasaran saham Indonesia baru-baru ini? 
    A: Pergolakan pasaran berlaku susulan kebimbangan terhadap cadangan MSCI untuk mengklasifikasikan semula Indonesia daripada pasaran sedang pesat membangun kepada pasaran tersendiri, berikutan isu ketelusan pemilikan saham dan tadbir urus pasaran.
  • Q: Bagaimanakah prestasi Indeks Komposit Jakarta (JCI) pada pembukaan dagangan Isnin? 
    A: Pada pembukaan dagangan Isnin, JCI merosot 223.23 mata atau 4.31 peratus kepada 4,961.88 mata, jatuh di bawah paras psikologi 5,000 mata.
  • Q: Apakah had atas penolakan automatik bagi kenaikan harga saham di bawah peruntukan baharu IDX? 
    A: Had atas penolakan automatik bagi kenaikan harga saham kekal antara 20 hingga 35 peratus, bergantung pada harga saham, manakala bagi saham berharga antara Rp1 hingga Rp10, had atas dan bawah sedia ada sebanyak Rp1 setiap satu dikekalkan.

Must Watch Video

Advertisement