DUNIA
Indonesia ubah ejaan rasmi 10 negara, Thailand kini dieja ‘Tailan’
Indonesia mengumumkan penyelarasan baharu ejaan rasmi bagi 10 nama negara termasuk Thailand (kini Tailan). -Foto Sinar Harian
JAKARTA: Indonesia mengumumkan penyelarasan baharu ejaan rasmi bagi 10 nama negara, termasuk menukar ejaan Thailand kepada Tailan, sebagai sebahagian daripada usaha standardisasi penamaan geografi berasaskan kaedah bahasa Indonesia dan senarai eksonim yang dikemukakan negara itu kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menurut dokumen rasmi yang digunakan dalam pemetaan standard Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI), senarai eksonim tersebut dirangka oleh Badan Informasi Geospasial (BIG) bersama Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa, Kementerian Luar Negeri, serta pakar linguistik Universitas Indonesia.
Dokumen itu turut dihantar ke sesi United Nations Group of Experts on Geographical Names (UNGEGN) di New York dari 28 April hingga 2 Mei 2025.
BIG menjelaskan bahawa standardisasi ini bertujuan memastikan ejaan konsisten dalam semua dokumen rasmi kerajaan, komunikasi diplomatik, bahan pendidikan, media serta peta nasional.
Penyesuaian dilakukan berdasarkan prinsip ortografi dan fonologi bahasa Indonesia, selaras dengan keperluan untuk memudahkan pelafalan serta memastikan keseragaman dalam rujukan geografi antarabangsa.
Perubahan tersebut turut mengambil kira ketidakwujudan beberapa gabungan huruf asing dalam sistem fonetik bahasa Indonesia, seperti “th” yang digantikan dengan “t”, menjadikan ejaan Thailand → Tailan.
Hasil kajian teknikal itu kemudian digunakan dalam penyediaan peta rasmi NKRI dan produk geospatial yang lain.
Standardisasi ini merupakan kesinambungan inisiatif Indonesia sejak 2019 ketika negara itu mula mengemukakan senarai eksonim ke UNGEGN, sebelum dikemas kini pada 2024 dan 2025 bagi memastikan ketepatan linguistik serta keseragaman antarabangsa.
10 negara yang terlibat dalam perubahan ejaan rasmi:
1. Thailand → Tailan
2. Cabo Verde → Tanjung Hijau
3. Djibouti → Jibuti
4. Kyrgyzstan → Kirgistan
5. Liechtenstein → Liktenstin
6. Paraguay → Paraguai
7. Slovakia → Slowakia
8. Slovenia → Slowenia
9. Seychelles → Seisel
10. Sierra Leone → Siera Lioni
Menurut BIG, penyeragaman ejaan ini penting untuk memastikan konsistensi dalam rujukan geografi global, selain mengukuhkan kedudukan bahasa Indonesia sebagai bahasa yang mempunyai sistem penamaan tersendiri dalam arena antarabangsa.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Indonesia mengumumkan penyelarasan baharu ejaan rasmi bagi 10 nama negara termasuk Thailand (kini Tailan), dalam usaha standardisasi penamaan geografi berdasarkan bahasa Indonesia dan eksonim yang dikemukakan kepada PBB.
- Standardisasi ini dilakukan oleh Badan Informasi Geospasial (BIG) untuk memastikan ejaan konsisten dalam dokumen rasmi, komunikasi diplomatik, dan peta nasional, serta memudahkan pelafalan dan keseragaman rujukan geografi.
- Penyesuaian ejaan ini disesuaikan dengan prinsip ortografi dan fonologi bahasa Indonesia serta bertujuan mengukuhkan kedudukan bahasa Indonesia dalam arena antarabangsa.
Menurut dokumen rasmi yang digunakan dalam pemetaan standard Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI), senarai eksonim tersebut dirangka oleh Badan Informasi Geospasial (BIG) bersama Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa, Kementerian Luar Negeri, serta pakar linguistik Universitas Indonesia.
Dokumen itu turut dihantar ke sesi United Nations Group of Experts on Geographical Names (UNGEGN) di New York dari 28 April hingga 2 Mei 2025.
BIG menjelaskan bahawa standardisasi ini bertujuan memastikan ejaan konsisten dalam semua dokumen rasmi kerajaan, komunikasi diplomatik, bahan pendidikan, media serta peta nasional.
Penyesuaian dilakukan berdasarkan prinsip ortografi dan fonologi bahasa Indonesia, selaras dengan keperluan untuk memudahkan pelafalan serta memastikan keseragaman dalam rujukan geografi antarabangsa.
Perubahan tersebut turut mengambil kira ketidakwujudan beberapa gabungan huruf asing dalam sistem fonetik bahasa Indonesia, seperti “th” yang digantikan dengan “t”, menjadikan ejaan Thailand → Tailan.
Hasil kajian teknikal itu kemudian digunakan dalam penyediaan peta rasmi NKRI dan produk geospatial yang lain.
Standardisasi ini merupakan kesinambungan inisiatif Indonesia sejak 2019 ketika negara itu mula mengemukakan senarai eksonim ke UNGEGN, sebelum dikemas kini pada 2024 dan 2025 bagi memastikan ketepatan linguistik serta keseragaman antarabangsa.
10 negara yang terlibat dalam perubahan ejaan rasmi:
1. Thailand → Tailan
2. Cabo Verde → Tanjung Hijau
3. Djibouti → Jibuti
4. Kyrgyzstan → Kirgistan
5. Liechtenstein → Liktenstin
6. Paraguay → Paraguai
7. Slovakia → Slowakia
8. Slovenia → Slowenia
9. Seychelles → Seisel
10. Sierra Leone → Siera Lioni
Menurut BIG, penyeragaman ejaan ini penting untuk memastikan konsistensi dalam rujukan geografi global, selain mengukuhkan kedudukan bahasa Indonesia sebagai bahasa yang mempunyai sistem penamaan tersendiri dalam arena antarabangsa.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah tujuan utama penyelarasan baharu ejaan rasmi bagi 10 nama negara yang diumumkan oleh Indonesia?
A: Tujuan utama penyelarasan ejaan rasmi adalah untuk memastikan ejaan konsisten dalam dokumen rasmi kerajaan, komunikasi diplomatik, bahan pendidikan, media, serta peta nasional. - Q: Siapakah pihak yang terlibat dalam merangka senarai eksonim bagi penyelarasan ejaan rasmi negara-negara tersebut?
A: Pihak yang terlibat adalah Badan Informasi Geospasial (BIG) bersama Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa, Kementerian Luar Negeri, serta pakar linguistik Universitas Indonesia. - Q: Apakah prinsip yang menjadi panduan dalam penyesuaian ejaan nama-nama negara dalam inisiatif standardisasi tersebut?
A: Penyesuaian dilakukan berdasarkan prinsip ortografi dan fonologi bahasa Indonesia, selaras dengan keperluan untuk memudahkan pelafalan serta memastikan keseragaman dalam rujukan geografi antarabangsa. - Q: Mengapakah ejaan "Thailand" telah diubah kepada "Tailan" dalam proses standardisasi ejaan baharu?
A: Ejaan "Thailand" diubah kepada "Tailan" kerana dalam bahasa Indonesia, gabungan huruf asing seperti "th" digantikan dengan "t" bagi memastikan keseragaman ejaan dan memudahkan pelafalan. - Q: Bagaimanakah penyeragaman ejaan ini diharapkan dapat mengukuhkan kedudukan bahasa Indonesia dalam arena antarabangsa?
A: Penyeragaman ejaan diharapkan dapat mengukuhkan kedudukan bahasa Indonesia sebagai bahasa yang mempunyai sistem penamaan tersendiri dalam arena antarabangsa serta memastikan konsistensi dalam rujukan geografi global.