Skip to main content

Dunia

Indonesia wujud 477 'rumah oksigen' susulan jerebu kebakaran hutan

Ketua Biro Komunikasi dan Penerangan Kementerian Aji Muhawarman berkata pada Rabu, Kalimantan Tengah menempatkan jumlah tertinggi dengan 295 pusat perlindungan, diikuti Kalimantan Selatan (127) dan Kalimantan Barat sebanyak 35. -Gambar hiasan/Reuters
Ketua Biro Komunikasi dan Penerangan Kementerian Aji Muhawarman berkata pada Rabu, Kalimantan Tengah menempatkan jumlah tertinggi dengan 295 pusat perlindungan, diikuti Kalimantan Selatan (127) dan Kalimantan Barat sebanyak 35. -Gambar hiasan/Reuters

Advertisement

Ringkasan AI

  • Kementerian Kesihatan Indonesia menubuhkan 477 rumah oksigen di tujuh wilayah untuk merawat penduduk terjejas jerebu toksik akibat kebakaran hutan dan tanah.
  • Sejumlah 314,124 kes jangkitan pernafasan akut direkodkan, termasuk 70,890 melibatkan bayi dan kanak-kanak bawah lima tahun.
  • Kerajaan mengedarkan ubat penting, topeng, penumpu oksigen, dan mengerahkan lebih 2,600 profesional kesihatan ke kawasan terjejas.

JAKARTA: Kementerian Kesihatan Indonesia mewujudkan 477 tempat perlindungan oksigen kecemasan atau “rumah oksigen” di seluruh pusat kesihatan masyarakat, hospital dan kemudahan awam di tujuh wilayah untuk merawat penduduk yang terjejas akibat jerebu toksik daripada kebakaran hutan dan tanah yang berterusan, menurut agensi berita negara Antara.

Ketua Biro Komunikasi dan Penerangan Kementerian Aji Muhawarman berkata pada Rabu, Kalimantan Tengah menempatkan jumlah tertinggi dengan 295 pusat perlindungan, diikuti Kalimantan Selatan (127) dan Kalimantan Barat sebanyak 35.

Menurut data Pusat Operasi Kecemasan Kesihatan Awam kementerian, kebakaran hutan yang merentasi 65 daerah dan bandar di tujuh wilayah itu menyebabkan 314,124 kes jangkitan pernafasan akut (ARI).

Daripada kes yang dilaporkan, 70,890 melibatkan bayi dan kanak-kanak bawah lima tahun.

Pada 20 Okt sahaja, kementerian merekodkan 3,269 kes pernafasan baharu.

Sebagai tindak balas terhadap lonjakan itu, kementerian telah memperkukuh kesediaan 1,691 pusat kesihatan masyarakat dan 360 hospital serantau.

Rawatan perubatan percuma disediakan untuk penyakit berkaitan kebakaran hutan, termasuk ARI dan cirit-birit, menurut laporan itu.

Kerajaan juga mengedarkan 578,878 bungkusan ubat penting, termasuk sirap batuk, antibiotik dan ubat anticirit-birit, bersama 1,500 kit vitamin dan bekalan kesihatan kecemasan.

Muhawarman berkata kira-kira 3.7 juta N95 dan topeng pembedahan telah dihantar, bersama penumpu oksigen dan peralatan perlindungan diri (PPE).

Lebih 2,600 profesional kesihatan, termasuk pakar perubatan, jururawat dan ahli epidemiologi telah dikerahkan ke kawasan terjejas.

Bagi melindungi kumpulan berisiko tinggi, terutamanya kanak-kanak, wanita hamil dan orang tua, kementerian bekerjasama dengan pentadbiran tempatan dan pekerja kesihatan masyarakat untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan dari rumah ke rumah.

--BERNAMA

 

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah langkah yang diambil oleh Kementerian Kesihatan Indonesia untuk menangani jerebu toksik akibat kebakaran hutan? 
    A: Kementerian Kesihatan Indonesia telah mewujudkan 477 tempat perlindungan oksigen kecemasan di pusat kesihatan masyarakat, hospital dan kemudahan awam di tujuh wilayah terjejas.
  • Q: Berapakah jumlah kes jangkitan pernafasan akut (ARI) yang dilaporkan akibat kebakaran hutan dan tanah? 
    A: Sebanyak 314,124 kes jangkitan pernafasan akut (ARI) telah dilaporkan, termasuk 70,890 kes melibatkan bayi dan kanak-kanak bawah lima tahun.
  • Q: Apakah bentuk bantuan perubatan yang disediakan kepada penduduk terjejas? 
    A: Rawatan perubatan percuma disediakan untuk penyakit berkaitan kebakaran hutan, termasuk ARI dan cirit-birit, serta pengedaran ubat penting, kit vitamin, topeng N95, penumpu oksigen dan PPE.
  • Q: Berapakah jumlah profesional kesihatan yang telah dikerahkan ke kawasan terjejas? 
    A: Lebih 2,600 profesional kesihatan, termasuk pakar perubatan, jururawat dan ahli epidemiologi telah dikerahkan ke kawasan terjejas.
  • Q: Apakah usaha yang dilakukan untuk melindungi kumpulan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, wanita hamil dan orang tua? 
    A: Kementerian bekerjasama dengan pentadbiran tempatan dan pekerja kesihatan masyarakat untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan dari rumah ke rumah bagi melindungi kumpulan berisiko tinggi.

Product Recommendation Section Title

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

Must Watch Video

Advertisement