DUNIA
Indonesia zahir kebimbangan terhadap perkembangan terkini di Venezuela
Bangunan yang rosak susulan serangan udara Amerika Syarikat ke atas Venezuela, ketika Presiden Nicolas Maduro dan isterinya, Cilia Flores, ditahan, di Catia La Mar, Venezuela, hujung minggu lalu. - Gambar Reuters
JAKARTA: Indonesia menzahirkan kebimbangan mendalam terhadap perkembangan terbaharu di Venezuela susulan tindakan Amerika Syarikat (AS) menahan Presiden Nicolas Maduro.
Kementerian Luar Indonesia dalam satu kenyataan berkata, kerajaan negara itu sedang memantau rapi situasi berkenaan dan menegaskan bahawa penghormatan terhadap kedaulatan, diplomasi serta undang-undang antarabangsa mesti kekal menjadi asas kepada usaha menangani krisis itu.
Indonesia turut memberi amaran bahawa sebarang penggunaan atau ancaman kekerasan boleh mewujudkan duluan yang berbahaya dalam hubungan antarabangsa serta menjejaskan kestabilan serantau.
"Adalah menjadi keperluan untuk komuniti antarabangsa menghormati hak dan kemahuan rakyat Venezuela dalam melaksanakan kedaulatan mereka serta menentukan hala tuju dan masa depan sendiri," menurut kementerian itu menerusi akaun X miliknya.
Indonesia menggesa semua pihak supaya menahan diri, kembali ke meja rundingan dan menghormati sepenuhnya undang-undang antarabangsa, termasuk prinsip-prinsip yang terkandung dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Pasukan tentera AS melancarkan operasi ketenteraan di Caracas pada awal pagi 3 Jan, menahan Maduro dan isterinya, Cilia Flores sebelum menerbangkan mereka ke New York untuk berdepan pertuduhan persekutuan.
-- BERNAMA