INTERNATIONAL
Industri halal dan TVET "game changer" hubungan dua hala Malaysia-Indonesia

Kunjungan hormat Ahmad Zahid ke atas Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menjadi agenda penutup lawatan rasmi tiga hari Ahmad Zahid ke Indonesia yang berakhir hari ini. - Gambar DPMO
JAKARTA: Malaysia dan Indonesia wajar melihat tahap hubungan dua hala kedua-dua negara bukan hanya melangkaui negara sahabat dan serumpun, malah perlu dipertingkatkan melalui kerjasama strategik dalam pelbagai bidang perdagangan dan sosio ekonomi .
Persetujuan itu dihasratkan Presiden Prabowo Subianto, ketika menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Istana Merdeka, Jakarta pada Selasa.
Antara bidang tumpuan yang akan menjadi ‘’game changer’’ dan wajar segera dimanfaatkan antara Malaysia-Indonesia di saat dunia sedang berhadapan perang tarif iaitu pemerkasaan industri halal serta pendidikan latihan teknikal, vokasional dan kejuruteraan (TVET).
‘’Secara peribadi saya merasa sangat berpuas hati dengan hasil lawatan ini kerana perkara-perkara yang di luar kerangka hubungan dua hala telah kami bincangkan."Begitu juga kepentingan kedua-dua negara dalam politik dan geoekonomi serantau malah di peringkat antrabangsa dan saya mengharapkan ada susulan daripada Wisma Putra, kementerian serta agensi terlibat," jelas Ahmad Zahid.
Keputusan bersama telah dicapai adalah mengenai sijil halal antara kedua-dua negara.
Ahmad Zahid menjelaskan, kedua-dua negara bersetuju untuk mengizinkan penggunaan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang boleh digunakan terus ke atas barangan yang dimport dari Malaysia dan sebaliknya.
"Tiada keperluan pihak Indonesia mengadakan satu SOP untuk menguatkuasan penggunaan logo halal bagi pihak Indonesia, ertinya cukup logo JAKIM dan ia akan diterima pakai di sini, begitu juga sebaliknya bagi pihak Malaysia’," katanya.
Keputusan bersama juga untuk mengadakan forum industrI halal peringkat ASEAN, dengan Majlis Halal ASEAN akan diwujudkan untuk mengkoordinasikan bukan hanya pengeluaran sijil halal tetapi menjadikan ASEAN sebagai pasaran besar untuk produk-produk di kalangan negara ASEAN dan intra ASEAN.
Kunjungan hormat Ahmad Zahid ke atas Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menjadi agenda penutup lawatan rasmi tiga hari Ahmad Zahid ke Indonesia yang berakhir hari ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami