Industri pelancongan Maui cetus kemarahan

Astro Awani
Ogos 17, 2023 01:30 MYT
Rumah penduduk yang hangus akibat kebakaran tidak terkawal di Lahaina, Hawaii. - Foto AP
HAWAII: Sikap pelancong yang tidak sensitif menikmati pantai tropika Maui tatkala pasukan mencari dan menyelamat bertungkus lumus menyelamatkan mangsa kebakaran tidak terkawal di daerah itu menimbulkan kemarahan sesetengah penduduk.
Mereka membuat kecaman di media sosial dengan menyiarkan video pelancong menikmati percutian ketika mana angka kematian di bandar Lahaina melepasi 100 orang dan meningkat setiap hari.
Pelakon Hawaii, Jason Momoa di Instagram menggesa pelancong membatalkan perjalanan mereka dan menyifatkan komuniti di situ memerlukan masa untuk sembuh.
Bagaimanapun, pihak berkuasa dan perniagaan mengalu-alukan kedatangan pelancong bagi mengurangkan tamparan kepada ekonomi pulau itu yang bergantung kepada industri berkenaan.
Industri tersebut merupakan 'enjin ekonomi' Maui, menjana 80 peratus daripada kekayaannya.
Ketika Maui memulakan pemulihan akibat kebakaran, pihak berkuasa bergelut dengan cara mengimbangi keperluan segera penduduk untuk perumahan dan sumber berbanding penjanaan ekonomi pulau itu.
Pihak berkuasa berkata, mereka terpaksa mempertimbangkan risiko membenarkan pelancong masuk semasa krisis kesihatan COVID-19 disebabkan risiko dialami ekonomi Hawaii.
Sektor pelancongan terjejas selama seminggu sejak kebakaran yang memusnahkan Lahaina, destinasi percutian popular di pulau itu.
Bilangan penumpang syarikat penerbangan ke Maui pada Ahad turun hampir 81 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
#kebakaran tidak terkawal #pelancong #kecaman media sosial #percutian