awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inflasi global: Argentina gesa G20 cari penyelesaian

Bernama
Bernama
16/07/2022
04:29 MYT
Inflasi global: Argentina gesa G20 cari penyelesaian
Batakis berkata, kerjasama ekonomi adalah perlu untuk mengurangkan kesan krisis ekonomi. - AP
BUENOS AIRES: Menteri Ekonomi Argentina, Silvina Batakis pada Jumaat menggesa negara anggota Kumpulan 20 (G20) bersama mencari penyelesaian yang berkesan berhubung masalah peningkatan inflasi di seluruh dunia, lapor Xinhua.
"Kenaikan inflasi global khususnya, dalam harga makanan dan tenaga, bukan sahaja mencetuskan ketakjaminan makanan dan tenaga, tetapi juga ketidaksamaan global," kata Batakis dalam ucapannya pada perhimpunan maya menteri kewangan G20 dan presiden bank pusat yang dihoskan Indonesia.
Beliau berkata cabaran global mesti ditangani melalui multilateralisme dan kerjasama ekonomi antarabangsa sambil menambah landskap politik dan ekonomi global telah menjadi semakin kompleks sejak beberapa bulan kebelakangan ini yang secara langsung menjejaskan pemulihan ekonomi.
"Kerjasama ekonomi adalah perlu untuk mengurangkan kesan krisis ekonomi, terutamanya ke atas negara membangun dan forum ini penting untuk muncul lebih kuat menghadapi krisis," kata Batakis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#inflasi dunia
#Argentina
#silvina batakis
#G20
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan