awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inflasi: Jepun lulus pakej sokongan AS$24.3 bilion

Bernama
Bernama
20/09/2022
10:48 MYT
Inflasi: Jepun lulus pakej sokongan AS$24.3 bilion
Jepun luluskan peruntukan untuk menyokong rakyatnya berdepan isu kenaikan harga makanan dan bahan api. - Gambar fail
TOKYO: Jepun meluluskan peruntukan bernilai 3.49 trilion yen (AS$24.3 bilion) daripada dana rizab untuk menyokong rakyatnya berdepan isu kenaikan harga makanan dan bahan api untuk tahun fiskal semasa, yang bermula 1 April, lapor Sputnik.
Pakej itu merangkumi bantuan pembiayaan berjumlah 50,000 yen (AS$348) kepada keluarga berpendapatan rendah serta subsidi kepada syarikat yang membekalkan tenaga secara borong, lapor penyiar tempatan NHK.
Dana rizab untuk tahun fiskal semasa dianggarkan sebanyak lima trilion yen, menurut laporan itu.
Kira-kira 8,000 barangan dijangka mengalami peningkatan harga ketika musim luruh, dengan lebih 6,000 daripadanya dilaporkan meningkat pada Oktober.
Secara keseluruhan, sekitar 20,000 produk dijangka meningkat tahun ini, dengan purata kenaikan sebanyak 14 peratus, menurut pusat penyelidikan Jepun Teikoku Databank.
Pada masa yang sama, yen jatuh ke paras terendah minggu lalu dan didagangkan pada 144.9 berbanding dolar AS buat kali pertama sejak Ogos 1998.
Kejatuhan itu akibat perbezaan ketara pendekatan bank pusat Amerika Syarikat (AS) dan Jepun terhadap dasar monetari.
Rizab Persekutuan AS terus meningkatkan kadar faedah, manakala Jepun, sebaliknya, mengekalkan kadar negatif.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jepun lulus peruntukan
#Inflasi
#harga makanan
#harga bahan api
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan