Ini maksud 'Operation Forth Bridge' susulan kemangkatan Putera Philip

Agensi
April 11, 2021 07:03 MYT
Kini telah dimuktamadkan bahawa jasad Putera Philip akan disemadikan di Gereja St George, Istana Windsor yang bakal diadakan pada 17 April nanti. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Susulan kemangkatan suami Ratu Elizabeth II, Putera Phillip pada Jumaat, Istana Buckingham dan Kerajaan United Kingdom secara rasminya telah mengaktifkan Operasi Forth Bridge, yang telah dirancang sejak 2017 lagi.
Mengikut portal The Independent – ia merupakan satu protokol yang perlu diikuti apabila salah seorang ahli kanan Kerabat Diraja meninggal dunia, dengan setiap daripada mereka mempunyai kod nama tersendiri.
Kebiasaannya kod nama ini akan mengambil nama jambatan yang terkenal di United Kingdom.
Pengumuman kemangkatan Putera Phillip
Mengikut garis panduan Operasi Forth Bridge, Lord Chamberlain Baron Parker di Minsmere, akan melihat tatacara dan prosedur berkaitan berhubung kematian ahli Kerabat Diraja.
Beliau seterusnya akan mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri UK Boris Johnson dan Ratu England, Ratu Elizabeth II untuk merancang pengumuman berkenaan.
Pengumuman kematian itu seterusnya akan diserahkan kepada Press Association dan BBC, dan pada masa yang sama Istana Buckingham juga akan membuat pengumuman melalui laman media sosialnya yang tersendiri.
Mengikut pelan itu lagi, Perdana Menteri Johnson akan mengeluarkan kenyataan di luar pintu masuk bangunan 10 Downing Street, di London yang mana beliau akan memperingati khidmat dan jasa Duke of Edinburgh itu sewaktu berada dalam Angkatan Tentera Laut Diraja sewaktu Perang Dunia Kedua.
Johnson seterusnya akan memperingati jasa dan bakti Putera Phillip terhadap golongan muda, melalui skim Duke of Edinburgh’s Award, serta sokongan yang dizahirkan terhadap Ratu Elizabeth II dalam usaha mengekalkan institusi diraja sebagai sebahagian besar daripada kegemilangan rakyat British.
Pembaca berita pula akan memakai pakaian serba hitam menandakan negara itu serta jajahannya berada dalam tempoh perkabungan.

Details of The Duke of Edinburghs Funeral have been announced. The service will take place: on Saturday 17 April 2021 at 3pm in St Georges Chapel, Windsor Find out more: https://t.co/jjzBksqxeu pic.twitter.com/8tj5oBJPQn

— The Royal Family (@RoyalFamily) April 10, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Mengenang Putera Philip 1921 - 2021
Peranan Ahli-ahli Kerabat Diraja UK yang lain
Ratu Elizabeth II, anak-anak serta cucu mendiang juga akan memulakan tempoh perkabungan yang akan berlanjutan selama beberapa minggu.
Sewaktu tempoh berkenaan, kesemua pertemuan rasmi sama ada akan ditangguhkan, atau dibatalkan, tertakluk kepada perkenan Ratu Elizabeth II.
BACA: Pemergian Putera Philip: Rakyat Britain berkabung
Selain itu, terdapat dua jenis perkabungan – Perkabungan Keluarga dan Perkabungan Diraja.
Perkabungan Keluarga hanya melibatkan Ahli-ahli Kerabat Diraja serta isi rumah mereka, manakala Perkabungan Diraja akan melibatkan Ahli-ahli Kerabat Diraja, isi rumah mereka, serta wakil Ratu England di United Kingdom.
Ratu Elizabeth II akan menentukan perkabungan mana satu akan diguna pakai kelak.
Putera Philip | Keluarga Diraja Britain zahirkan kesyukuran
Majlis Pengebumian
Putera Phillip layak untuk mendapat Pengebumian Negara berdasarkan status yang beliau miliki sewaktu tempoh hayatnya. Namun Ia mungkin berbeza daripada apa yang telah dirancang melalui Operasi Forth Bridge memandangkan UK turut mengalami pandemik COVID-19.
Mengikut perancangan asal, rakyat jelata akan berkumpul di hadapan Istana Buckingham dan Istana Windsor untuk meratapi dan menghormati pemergian Putera Phillip.
Namun, Baginda sebelum ini memaklumkan hanya inginkan majlis yang ringkas, tanpa protokol berlebihan.
Kini telah dimuktamadkan bahawa jasad Baginda akan disemadikan di Gereja St George, Istana Windsor yang bakal diadakan pada 17 April nanti.

*Nota tambahan: Protokol untuk Ratu Elizabeth II dikenali sebagai Operation London Bridge, manakala protokol untuk Putera Charles dikenali sebagai Operation Menai Bridge.

**Protokol untuk Ratu Bonda – Ratu Elizabeth I dan Puteri Diana pula memakai kod nama yang sama iaitu Operation Tay Bridge, manakala tiada kod nama rasmi ditetapkan untuk Putera William, Putera Harry, serta Kate Middleton dan Meghan Markle.

#Operation Forth Bridge #Putera Phillip #Kematian Putera Phillip #Ratu Elizabeth II #United Kingdom #England #Istana Buckingham #Istana Windsor #Perdana Menteri #Boris Johnson #pandemik #COVID-19 #meninggal dunia #kerajaan #kemangkatan Putera Philip #Ratu England