awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perkhidmatan pos Denmark hantar surat terakhir, tamatkan tradisi empat abad
UTM tutup tirai 2025 dengan rekod cemerlang akademik, penyelidikan dan inovasi
Kementerian Perpaduan gerak visi Membina Negara Bangsa 2026 - Aaron
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ini sebab mengapa WHO langkau dua huruf dalam abjad Yunani untuk namakan 'Omicron'

Astro Awani
Astro Awani
29/11/2021
23:00 MYT
Ini sebab mengapa WHO langkau dua huruf dalam abjad Yunani untuk namakan 'Omicron'
Sejak Mei lalu WHO telah menggunakan huruf dalam abjad Yunani bagi menamakan varian baharu COVID-19. -Gambar hiasan
PENAMAAN varian baharu COVID-19 "Omicron" mencetuskan kekeliruan dalam kalangan penduduk dunia.
Sejak Mei lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menggunakan huruf dalam abjad Yunani bagi menamakan varian baharu COVID-19.
Paling dominan merupakan "Delta" diikuti lapan lagi iaitu "Epsilon", "Iota" dan "Lambda".
Selepas penemuan varian baharu dengan nama saintifik B.1.1.529 minggu lepas di Afrika Selatan, pemerhati kesihatan menjangkakan WHO menamakan varian tersebut huruf seterusnya dalam abjad Yunani iaitu "Nu".
Namun agensi kesihatan tidak menggunakannya juga abjad seterusnya iaitu "Xi" dan beralih kepada "Omicron", huruf ke-15.
Abjad Yunani mempunyai 24 huruf.
Abjad Yunani mempunyai 24 huruf.
Abjad Yunani mempunyai 24 huruf.
Dalam satu kenyataan bertulis kepada agensi berita CNN, WHO menjelaskan "Nu" sering digunakan untuk menyatakan sesuatu yang baharu atau "new".
"'Xi' mempunyai ejaan yang sama dengan kebanyakan nama keluarga penduduk dunia.
"Amalan terbaik WHO dalam menamakan penyakit baharu adalah untuk tidak menggunakan perkataan yang mungkin akan menyentuh perasaan mana-mana kumpulan dari segi kebudayaan, sosial, kebangsaan, rantau, profesional atau etnik," jelas kenyataan itu.
Walaupun sebutannya berbeza, huruf "Xi" dieja sama dengan nama keluarga pemimpin China, Xi Jinping.
"Nama saintifik sesuatu penyakit mungkin sukar untuk disebut dan diingati.
"Oleh itu ramai lebih suka memberi nama tempat sesuatu varian atau penyakit itu ditemui.
"Namun amalan ini boleh dilihat sebagai satu penghinaan kepada tempat tersebut," katanya.
Terdapat sembilan lagi huruf dalam abjad Yunani dan yang seterusnya adalah "Pi".
Topic Berkaitan
#COVID-19
#WHO
#huruf Yunani
#Omicron
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan