Insiden Gua Tham Luang: Mangsa kelima dibawa keluar

Agensi
Julai 9, 2018 10:48 MYT
Saksi melihat remaja itu di atas tandu (stretcher) selepas dibawa keluar kira-kira jam 4.30 petang dan terus dibawa ke hospital untuk menerima rawatan. - Foto Reuters
Mangsa kelima yang terperangkap dalam Gua Tham Luang di Chiang Rai dipercayai telah berjaya dibawa keluar hari ini.
Memetik laporan Reuters, saksi melihat remaja itu di atas tandu (stretcher) selepas dibawa keluar kira-kira jam 4.30 petang dan terus dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
Pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada penyelam memulakan operasi untuk mengeluarkan 13 mangsa yang terperangkap di dalam gua pada Ahad itu diteruskan lagi hari ini.
Ia menjadikan mangsa yang berjaya diselamatkan setakat ini berjumlah lima orang.
Bagaimanapun, masih ada sejumlah lapan mangsa termasuk remaja dan jurulatih bola sepak yang masih terperangkap di dalam gua tersebut.
Sementara itu, wartawan antarabangsa yang berpangkalan di Bangkok, Florian Witulski turut berkongsi beberapa maklumat mengenai perkembangan terkini misi SAR itu.

Three additional ambulances arrived at the cave about an hour ago. Further survivors are expected from 4pm local time onwards

— Florian Witulski (@vaitor) July 9, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Another boy just left the cave, conditions unknown but treated at the field hospital now before being transported.

— Florian Witulski (@vaitor) July 9, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, bekas Gabenor Chiang Rai yang juga merupakan ketua misi menyelamat operasi tersebut, Narongsak Osottanakorn mengesahkan empat mangsa remaja telah dibawa keluar pada Ahad.
Namun, ada beberapa cabaran seperti oksigen yang makin berkurangan sehingga terpaksa menangguhkan misi SAR kerana pasukan penyelamat memerlukan sekurang-kurangnya 10 jam untuk membuat persiapan bagi operasi seterusnya.
BACA: Gua Tham Luang: Empat mangsa selamat dikeluarkan, misi SAR ditangguh
BACA: Operasi mengeluarkan mangsa gua Tham Luang dimulakan
#bola sepak #Chiang Rai #dibawa keluar #Gua #jurulatih #remaja #terperangkap #Tham Luang