awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden keganasan tidak mungkin jejaskan rundingan damai di selatan Thailand - TPM Thai

Bernama
Bernama
16/03/2016
14:32 MYT
Insiden keganasan tidak mungkin jejaskan rundingan damai di selatan Thailand - TPM Thai
WONGSUWARN: Rundingan damai yang diadakan sekarang antara Bangkok dan kumpulan Mara Patani tidak terjejas. - Foto AFP
Kerajaan terus komited kepada proses damai di selatan Thailand walaupun keganasan meningkat di wilayah-wilayah selatan baru-baru ini, kata Timbalan Perdana Menteri Thailand, Jen Prawit Wongsuwarn hari ini.
Menurut beliau, rundingan damai yang diadakan sekarang antara Bangkok dan kumpulan Mara Patani, yang Malaysia bertindak sebagai fasilatator tidak terjejas berikutan keganasan.
"Jen Aksara akan menggerakkan rundingan itu, saya telahpun berbincang dengannya dan beliau akan mengatur janjitemu untuk rundingan seterusnya (antara kerajaan dan Mara Patani," katanya kepada media di Rumah Kerajaan di sini hari ini.
Aksara, seorang jeneral tentera pesara dilantik oleh kerajaan untuk mengetuai delegasi kerajaan ke rundingan damai itu.
Wilayah-wilayah di selatan digegarkan dengan insiden keganasan baru-baru ini, yang tercetus apabila kira-kira 50 anggota militan bersenjata menyerbu ke sebuah hospital daerah di Narathiwat tiga hari lalu dan menggunakan bangunan itu untuk menyerang markas tentera yang terletak berhampiran.
Serangan nekad ke atas Hospital Jok Irong, yang menyebabkan tujuh anggota keselamatan cedera termasuk tiga parah, berlaku tidak lama selepas kumpulan militan meletupkan bom kereta dekat sebuah pusat kawalan polis di Pattani.
Serangan di Pattani lewat bulan lepas, yang mengorbankan tujuh anggota polis dan seorang awam cedera, adalah susulan kejayaan kerajaan memusnahkan sebuah kilang membuat bom milik kumpulan militan di Nong Chik pada 10 Februari.
Prawit yang juga menteri pertahanan dan bertanggungjawab bagi hal ehwal dalam negeri, berkata beliau telah mengarahkan penolong panglima tentera, Jen Chalermchai Srisitthisart mengenal pasti punca serangan di wilayah-wilayah selatan.
Beliau juga memberi amaran kepada ahli-ahli politik tidak menghalang usaha kerajaan untuk menyelesaikan isu di selatan Thailand.
"Kerajaan sedang menggerakkan usaha untuk menangani isu selatan Thailand," kata beliau.
Topic Berkaitan
#politik thailand
#Prawit Wongsuwarn
#rundingan damai selatan Thailand
#selatan thailand
#TPM Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan