Saksi-saksi kejadian rempuhan yang mengorbankan lebih 700 jemaah haji di Arab Saudi semalam menyatakan kebimbangan mereka untuk meneruskan ibadat.
Tragedi malang itu berlaku ketika jemaah haji dari seluruh dunia berpusu-pusu untuk melakukan ibadat melontar di jamrah di Mina.
Setakat ini, sekurang-kurangnya 717 orang maut dan 863 cedera, menyaksikan Raja Salman mengarahkan agar satu suruhanjaya ditubuhkan untuk menyiasat dan mengenalpasti punca kejadian.
Satu sumber Menteri Kesihatan Arab Saudi menyalahkan kegopohan jemaah sebagai punca namun di kalangan jemaah pula tidak bersetuju.
"Jemaah sangat ramai. Polis telah menutup semua pintu masuk dan keluar ke kem jemaah dan hanya satu yang dibuka,” kata Ahmed Abu Bakr, jemaah dari Libya berusia 45 tahun yang terselamat daripada tragedi itu.
“Saya nampak banyak mayat, mangsa yang cedera dan ada yang lemas. Kami membantu mengalihkan mangsa,”katanya.
Ahmed menambah polis yang bertugas di kawasan tragedi nampak seperti tidak berpengalaman.
“Jalan di sekitar kawasan ini juga mereka tidak tahu," katanya sambil dipersetujui jemaah lain.
Jemaah haji bermalam di sebuah kompleks khemah kalis api yang mampu memuatkan kira-kira 2 juta jemaah, dengan 100,000 anggota polis menyelaras dan mengawasi kawasan berkenaan.
'Tiada pengetahuan'
Sekalipun jumlah mereka ramai, jemaah mendakwa anggota keselamatan yang bertugas tidak diberi latihan yang mencukupi dan kurang kemahiran komunikasi terutama sekali dengan jemaah dari luar negara.
“Mereka langsung tidak tahu bagaimana mahu berkomunikasi dengan jemaah,” kata Irfan al-Alawi, pengasas bersama Yayasan Kajian Warisan Islam yang beribu pejabat di Mekah.
“Tiada kawalan terhadap jemaah yang ramai,” kata Alawi.
“Seorang lagi saksi, Mohammed Hasan, 39, dari Mesir, meyatakan kebimbangan yang insiden yang sama boleh berulang.
“Tentera berkumpul di satu tempat tanpa melakukan apa-apa,” katanya.
Dia juga mendakwa kewarganegaraannya dihina apabila seorang pengawal keselamatan memintanya “kenal pasti mayat orang Mesir ini”.
“Kenapa memalukan kami sebegini? Kami datang untuk mengerjakan haji dan kami tidak minta apa-apa pun,” kata Hasan dalam nada marah, sambil meminta agar pihak berkuasa menyelaras jalan yang dilalui untuk memudahkan jemaah.
Malah sebelum kejadian rempuhan itu, ramai jemaah sudah menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung isu pengurusan.
Kejadian rempuhan semalam berlaku di luar Jambatan Jamarat setinggi lima tingkat, yang dibina sedekad lalu dengan kos $1 bilion, yang bertujuan memastikan keselamatan jemaah.
Hampir satu kilometer panjang (kurang dari satu batu), Jambatan Jamarat membolehkan 300,000 jemaah menjalankan ibadah melontar pada satu masa.
'Tiada pengurusan'
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Jeneral Mansur al-Turki berkata rempuhan adalah akibat jumlah jemaah yang ramai dan bergerak pada satu masa di persimpangan dua jalan di Mina.
“Cuaca yang panas dan keletihan Jemaah juga menjadi penyebab,” katanya.
Seorang lagi menteri menyatakan jemaah haji yang tidak mengikut peraturan adalah punca tragedi.
Namun bagi seorang jemaah dari Mesir bernama Ahmed, jemaah tidak sepatutnya dipersalahkan.
“Arab Saudi membelanjakan banyak wang namun tiada pengurusan,” katanya sambil menyatakan kawalan pergerakan jemaah keluar dan masuk khemah perlu diperkemaskan.
“Mereka perlu bina satu jalan untuk pergi dan satu jalan untuk pulang agar tiada pertembungan,” kata Ahmed.
“Kalau ada anggota keselamatan berkawal di jalan, tentu kejadian ini tidak berlaku,”tambahnya.
Ibadah melontar sepatutnya berterusan hingga Sabtu namun ada jemaah yang meluahkan rasa bimbang kejadian yang sama akan berulang. Namun ada yang tetap percaya Allah akan melindungi mereka.
“Memang kami bimbang,” kata Hasan. “Saya mahu melontar pada waktu malam. Seorang ulama beritahu ia dibolehkan.”
AFP
Fri Sep 25 2015
Jemaah dakwa pengurusan yang tidak baik adalah punca tragedi. - Foto AFP
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Apakah 10 topik yang di"Google" rakyat Malaysia pada September?
Apakah topik utama yang di"Google" rakyat Malaysia pada bulan September? Google Malaysia menyenaraikan 10 topik utama tersebut.
Insiden rempuhan Mina: Ada jemaah bimbang teruskan ibadat
Malah sebelum kejadian rempuhan itu, ramai jemaah sudah menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung isu pengurusan.