awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden tembakan di Florida: Tiga terbunuh termasuk wartawan dan kanak-kanak 9 tahun

Bernama
Bernama
23/02/2023
07:08 MYT
Insiden tembakan di Florida: Tiga terbunuh termasuk wartawan dan kanak-kanak 9 tahun
Dalam kejadian itu, dua pengamal media dari Spectrum News 13 ditembak ketika membuat liputan mengenai pembunuhan seorang wanita di lokasi berkenaan. - REUTERS
WASHINGTON: Seorang wartawan televisyen tempatan dan seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maut ditembak di kawasan kejiranan Florida, berhampiran lokasi pembunuhan yang berlaku beberapa jam sebelum itu.
Suspek dipercayai kembali ke lokasi kejadian di kawasan kejiranan Pine Hills di Orlando pada Rabu.
Dalam kejadian itu, dua pengamal media dari Spectrum News 13 ditembak ketika membuat liputan mengenai pembunuhan seorang wanita di lokasi berkenaan.
Mereka dilaporkan berada di dalam van berhampiran lokasi pembunuhan awal sebelum didatangi suspek yang kemudian melepaskan tembakan.
Seorang daripada mereka dilaporkan kritikal sebelum meninggal dunia di hospital.
Suspek kemudian meluru ke sebuah rumah berhampiran dan menembak seorang wanita dan anak perempuannya berusia sembilan tahun.
Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia, manakala ibunya dalam keadaan kritikal.
"Kami mengucapkan takziah kepada semua keluarga mereka. Ini adalah hari yang menyedihkan bagi komuniti kami," kata Pejabat Sheriff di Twitter.
Suspek yang dikenal pasti sebagai Keith Melvin Moses berusia 19 tahun telah ditahan, lapor Agensi Anadolu memetik Pejabat Sheriff Orange County, Florida.
Motif di sebalik kejadian masih dalam siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tembakan Florida
#kanak-kanak maut
#Pine Hills
#wartawan maut ditembak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan