awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM Kelantan rampas rokok seludup bernilai hampir RM1 juta
Kapal persiaran bawa lebih 120 penumpang terdampar di terumbu karang Papua New Guinea
Warga emas maut dalam nahas babitkan tiga kenderaan di Rompin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden tembakan di stesen kereta api bawah tanah New York, 13 dilaporkan cedera

Agensi
Agensi
12/04/2022
14:42 MYT
Insiden tembakan di stesen kereta api bawah tanah New York, 13 dilaporkan cedera
Lima mangsa ditembak dalam kejadian tembakan rambang yang berlaku di stesen kereta api bawah di Brooklyn, New York pada pagi Selasa. - AP Newsroom
NEW YORK: Lima mangsa ditembak dalam kejadian tembakan rambang yang berlaku di stesen kereta api bawah tanah di Brooklyn, New York pada pagi Selasa.
Menurut pihak berkuasa tempatan, anggota bomba telah digerakkan ke tempat kejadian susulan menerima laporan terdapat kepulan asap yang keluar yang dipercayai berpunca daripada bahan letupan yang tidak diledakkan.
Seramai 13 mangsa dilaporkan cedera dan tiada laporan kematian disahkan ketika ini.
Sumber yang memetik laporan siasatan awal memaklumkan, terdapat seorang suspek melarikan diri ketika di tempat kejadian dengan memakai jaket keselamatan dan topeng gas.
Di media sosial, tular rakaman video yang memaparkan sebilangan mangsa terbaring dengan berlumuran darah di atas lantai stesen kereta api.
Media tempatan turut melaporkan bahawa beberapa peranti, termasuk bahan letupan tidak meletup, telah ditemui di stesen itu.
Topic Berkaitan
#bomba
#New York
#tembakan
#letupan
#stesen kereta api bawah tanah
#Brooklyn
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan