Insiden tembakan di Virginia, murid 6 tahun ditahan

Bernama
Januari 7, 2023 03:17 MYT
Seorang murid berusia 6 tahun ditahan oleh pihak polis selepas dia menembak dan mencederakan seorang guru di Sekolah Rendah Richneck di Newport News, Virginia, Amerika Syarikat, pada Jumaat. - Gambar hiasan
WASHINGTON: Seorang murid berusia 6 tahun ditahan oleh pihak polis selepas dia menembak dan mencederakan seorang guru di Sekolah Rendah Richneck di Newport News, Virginia pada Jumaat, menurut polis.
"Kecederaan guru itu dipercayai boleh mengancam nyawa. Siasatan masih diteruskan," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Polis Newport News.
Tiada pelajar cedera dalam kejadian itu dan guru wanita berusia 30-an itu dibawa ke hospital tempatan.
Tahap kecederaan guru itu masih belum dapat dipastikan buat masa ini, menurut polis.
Ketua Polis Steve Drew dalam satu sidang media berkata, insiden itu berlaku ketika guru dan murid itu bertengkar, menurut CNN. - BERNAMA
#murid 6 tahun #murid tembak guru #Sekolah Rendah Richneck #Amerika Syarikat